Covid yang menimpa negara ini sejak beberapa tahun lalu memberi impak kepada semua pihak. Antara yang terkesan adalah pengusaha restoran apabila mengalami banyak kerugian ketika orang ramai tidak boleh keluar rumah atas faktor keselamatan.
Terbaharu, Harian Metro melaporkan keadaan semakin kritikal berlaku dalam industri makanan dan peruncitan. Isu pengambilan pekerja asing adalah faktor utama yang menjadi masalah utama.
“Kami Semakin Kritikal, Ini Bukan Soal Untung”, Akibat Kekurangan Pekerja Asing, 3 Ribu Pengusaha Restoran Gulung Tikar
Kekurangan pekerja asing ini menyebabkkan 3000 pengusaha restoran gula tikar sejak pandemiik Covid-19 lebih dua tahun lalu.
“Tolonglah kami yang semakin kritikal. Ini bukan soal buat untung tetapi lebih kepada yang survival dalam perniagaan.” Itu gesaan gabungan persatuan di dalam industri makkanan dan peruncitan. Mereka merayu untuk kerajaan memperhalusi isu pengambilan pekerja asing yang akan ditangguhkan bermula 15 hingga 31 Ogos ini.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Alii Taib Khan berkata, pihaknya bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pemboronng dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) tampil dengan rayuan.
Mereka merayu untuk melanjutkan tempoh pemberhentian pengambilan itu untuk tempoh dua bulan akan datang. Menurutnya, lanjutan berkenaan bagi membolehkan pengusaha restoran serta peruncit mendapatkkan tenaga kerja dalam masa terdekat.
Rayu Kerajaan Perhalusi Pengambilan Pekerja Asing
“Keadaan semakin kiritikal. Gabungan NGO sudah membawa perkara iini kepada Menteri Sumber Manusia semalam.
“Ketika ini hanya 30 peratus dari ahli persatuan menerima pekerja asing. Manakala selebihnya masih berada dalam sistem dan sebahagian yang laiin baru sahaja mohon,”katanya.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Presiden Primas J Suresh dan Presiden Mawar Abdul Alim Sidique Zakariah.
“Sejak pandemik, di rangkaian restoran saya saja lebih 250 orang pekerja restoran pulang ke India dan tidak dapat masuk semula ke negara ini.
“Tapi itulah, seperti satu dosa pula bila kita bercakap soal pekerja asing sedangkan hakikatnya di Presma dan Primas, kami memerlukan 30,000 pekerja asing,” katanya.
Perlu 30,000 Pekerja Asing Selamatkan Perniagaan
Sementara itu, Nadzim berkata, kerajaan perlu bertindak segera bagi menyelamatkan industri dan ribuan pekerja yang terkesan.
Katanya, PPIM turut menerima aduan mengenai kesan yang sama diterima industri kawalan keselamatan dan pembersihan yang turut terjejas.
“Mereka di sektor ini juga terjejas. Kena tengok juga kerana ia membabitkan ramai orang. Selain itu, isu tuntutan, pelaksanaan gaji minima, semua itu diambil kira,” katanya menambah kenyataan berkenaan isu kekurangan pekerja asing.
Sumber: Harian Metro
Baca juga: Jual Pulut Panggang Dan Nasi Lemak Sejak Umur 10 Tahun Bantu Ibu, Mari Sokong Adik Ilham Berniaga!