Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Macam Tak Percaya Pun Ada..” Makan Nasi Bersama 2 Ekor Ikan Bakar Hanya RM10, Wanita Ini Terkejut

“Macam Tak Percaya Pun Ada..” Makan Nasi Bersama 2 Ekor Ikan Bakar Hanya RM10, Wanita Ini Terkejut

Kategori:
makan nasi bersama ikan bakar

Tahun 2022 merupakan tahun yang agak sukar bagi semua. Baru sahaja diuji dengan virus dan penyakit berjangkit, kini diuji pula dengan kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang ini bukan sahaja rakyat Malaysia yang merasainya.

Namun banyak sahaja negara lain yang turut melalui saat gentir ini. Malah lebih teruk lagi, apabila kita dimaklumkan akan mengalami krisis makanan tidak lama lagi. Takut? Semestinya, namun lakukanlah persediaan yang terbaik.

Berbalik kepada kenaikan harga barangan tadi, oleh hal yang demikian ramai peniaga yang mula meletakkan harga yang tinggi pada makanan dan barangan yang dijual. Ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab, sanggup menjual dengan harga yang tidak masuk akal.

Wanita Ini Terkejut, Makan Nasi Bersama 2 Ekor Ikan Bakar Hanya RM10

Namun lain pula yang berlaku di sebuah kedai makan yang menyediakan ikan bakar di Semerak, Kelantan. Apabila kedai tersebut tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan. Lebih memilih untuk tidak menganiaya pelanggan dan orang ramai.

Hal tersebut telah dikongsi oleh Lin Ibrahim menerusi aplikasi TikTok miliknya. Menurutnya, dia terkejut apabila dia makan di situ, apabila dia hanya dikenakan cas sebanyak RM10 untuk nasi dan dua ekor ikan bakar.

Nampak pelik dan macam tak percaya, bukan? Namun itulah kebenarannya. Di mana lagi hendak cari kedai yang menyediakan hidangan yang murah kepada pelanggan. Di saat peniaga lain berusaha mendapatkan keuntungan dengan meletakkan harga yang tinggi namun kedai berhadapan lorong balai polis Semerak ini lain pula ceritanya.

Menurut Lin lagi, walaupun hanya makan bawah kedai kayu, namun pengunjung tetap ramai. Malah lebih menarik lagi adalah air dan nasi diberi secara percuma dan tidak dikenakan sebarang cas. Hanya harga ikan bakar sahaja yang perlu dibayar oleh pelanggan.

@linibrahimmm

Macam tak percaya pon ada tapi begitu la realiti dia memang murah. Semerak lorong depan balai polis. #fyp #fypdongggggggg

♬ Begini Batem Remix – user39988111937

@linibrahimmm Macam tak percaya pon ada tapi begitu la realiti dia memang murah. Semerak lorong depan balai polis. #fyp #fypdongggggggg ♬ Begini Batem Remix – BeginiBatem🦑

Kat mana ni, macam sedap je..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang seakan-akan tidak percaya dan berasa teruja namun ramai juga yang tertanya-tanya di manakah tempatnya. Rata-ratanya berhasrat untuk mengunjungi kedai tersebut.

Ada juga yang menulis, lambat lagi nak balik ni. Sabar, balik nanti kita sampai sebab kampung kita jah tu.

Baiknya owner kedai ni..

Dalam masa yang sama ada juga yang memuji pemilik kedai berkenaan yang dikatakan berniaga sambil bersedekah. Moga-moga murah rezekinya serta dipermudahkan segala urusan sentiasa.

Cuba bayangkan, ikan bakar hanya berharga RM5 untuk satu ekor. Tak masuk akal kan? Kalau beli ikan seekor pun sudah hampir RM10 ini apatah lagi yang sudah siap dimasak. Apa pun itu, kami ucapkan tahniah dan terbaik kepada pemilik kedai ini. Tidak takut rugi dan hanya meletakkan harga yang mampu milik untuk kesenangan pelanggan. Tahniah!

Sumber: TikTok Lin Ibrahim

Baca juga: Lelaki Ini Tak Ambil Baki, Belanja Pelanggan Lain & Minta Doa Supaya Dapat Zuriat

tags: | |