Roti canai merupakan makanan popular di Malaysia dan merupakan makanan tradisional kaum India. Roti canai yang dahulunya hanya popular di kedai Mamak sudah tersebar luas dijual di kedai dan warung pinggir jalan.
Seperti sedia maklum, roti canai yang menggunakan tepung sebagai bahan utama sudah meningkat harganya. Kenaikan harga tepung gandum adalah disebabkan kekurangan bekalan di kedai runcit. Tetapi, seberapa banyakkah kenaikan yang boleh dinaikkan, sebenarnya?
Terbaharu, seorang pengguna TikTok meluahkan rasa terkejut apabila harga roti canai biasa di sebuah restoran kedai makan mencecah RM2.50.
Menurut perkongsian klip video berkenaan, harga jualan roti canai pada masa kini adalah RM2.30 untuk roti canai biasa dan RM3.80 untuk roti canaii telur. Bagi harga jualan pula, peniaga mengenakan harga RM2.50 dan RM4.00 bagi roti canai biasa dan roti canai telur, masing-masing.
Dia menambah persoalan pada ruangan keterangan video, benarkah harga roti canai ketika ini sudah mencecah harga sedemikian rupa?
“Betul ke harga roti canai di seluruh Malaysia dah naik harga. Dulu mampu makan sekarang ni kena fikir dua kali nak makan,” katanya menayankan pendapat orang berkenaan harga tinggi roti canai terbabit.
@takeps_ Betul ke harga roti canai di seluruh malaysia dh naik harga . Dulu mampu makan sekrang ni kena fikir dua kali nak makan 😭 #fypシ゚viral #viral #malaysiatiktok #kpdhep #barangnaik
@takeps_ Betul ke harga roti canai di seluruh malaysia dh naik harga . Dulu mampu makan sekrang ni kena fikir dua kali nak makan 😭 #fypシ゚viral #viral #malaysiatiktok #kpdhep #barangnaik ♬ original sound – Takeps_
Melihat ruangan komen, ramai yang berpendapat harga yang dikenakan restoran berkenaan memang sedikit tinggi.
“Tempat aku masih RM1 jika harga sekeping roti canai.”
“Harga makanan orang ada-ada je ni. Dekat Klang je RM1.80.”
“Agak-agak lah harga tu. Menteri-menteri boleh lah makan harga macam tu, elaun dia banyak.”
“Kena beli tepung buat sendiri.”
Itulah kata-kata dan pandangan netizen yang memberi pendapat berkeaan harga tinggi roti canai yang dicaj mahal. Dan, ada juga yang berpendapat bahawa harga yang dikenakan restoran sememangnya sudah memadai jika melihat pada sisi demografi kedai.
“Lokasi dekat Sunway Pyramid tu, memang lah.”
“Sunway Pyramid, kentut pun kena bayar.”
“Nak makan tempat wau, harga pun wau.”
Secara umunya, dalam kenaikan harga barang sekarang, ada yang kedai memang mengenakan kenaikan yang sepatutnya, dan ada juga yang sebaliknya. Semoga tiada peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang berlebihan.
Dan, kepada pelanggan juga, kenaikan harga barang haruslah dilihat juga kepada lokasi di mana terletaknya sesebuah restoran. Jadilah pengguna dan peniaga yang bijak.
Sumber: takeps_