Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Muntah Hijau..” Rasa Menyesal Makan, Sangka Jem Roti Berperisa Coklat Namun Rupa-Rupanya..

“Muntah Hijau..” Rasa Menyesal Makan, Sangka Jem Roti Berperisa Coklat Namun Rupa-Rupanya..

Kategori:

Selain nasi, roti juga merupakan antara makanan utama dan kegemaran ramai. Tanpa roti di setiap rumah pastinya tidak lengkap. Selain dibakar dan dibuat sandwich, roti ini juga sangat enak jika dimakan begitu sahaja atau pun bersama dengan jem yang berperisa.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis jem. Jem coklat, jem strawberri, jem mentega, jem sekaya dan pelbagai lagi yang enak dan menyelerakan. Pelbagai jenis harga dan pelbagai jenis bungkusan yang ada. Sama ada di dalam bekas plastik biasa atau pun di dalam bekas yang masih elok seperti bekas kaca.

Disebabkan bekas kaca atau pun plastik tersebut masih lagi elok pastinya ramai yang akan mengitar semula bekas tersebut. Seperti mana bekas aiskrim yang kebiasaannya diletakkan lauk pauk seperti ayam dan ikan membuatkan kita tertipu.

Begitu juga dengan bekas jem ini. Seperti mana yang dikongsikan oleh Nurul Huda Zailani menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan kejadian yang berlaku gara-gara tertipu dengan bekas jem ini.

Sangka Jem Roti Berperisa Coklat Dalam Bekas Rupa-Rupanya..

Bekas jem roti berjenama Delfi yang berperisa coklat itu disangkakan jem oleh pakcik Nurul Huda ini. Malah pakciknya itu sudah pun menyapu jem tipu tersebut pada roti. Lalu kemudiannya dimakan seperti biasa.

Apabila dimakan, rasanya amatlah tidak sedap dan agak pelik. Rupa-rupanya ia bukanlah jem roti namun sos tiram yang diletakkan oleh mak saudaranya. Cuba korang bayangkan, rasa sos tiram yang payau lalu dimakan bersama dengan roti pastinya amat pelik rasanya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat yang disangka jem itu sedikit cair dan sekali pandang macam madu. Malah dapat juga dilihat sekeping roti yang sudah dicalit dengan jem palsu dan terdapat bekas gigitan.

Mungkin roti tersebut tidak dapat dihabiskan apabila ada satu kelainan pada rasanya. Ekoran itu, Nurul Huda sempat bercerita akan kejadian tersebut dan sempat menulis di ruangan caption bahawa dia tidak tahu sama ada mahu menangis atau ketawa.

@cakelatdewasa taktahu nok gelak ko nok jerit 😂😂#fypdongggggggg #fyp ♬ original sound – NurulHudaZailani

Sos tiram ko, nyaknyo kak..

Menjengah ke ruangan komen pelbagai pendapat dari warga TikTok memandangkan Nurul Huda meminta orang ramai untuk meneka apakah itu. Ada yang menyangka itu adalah madu dan ada juga yang menyatakan itu adalah sos tiram. Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan apabila meneka itu adalah sos tiram.

Ni mesti sos tiram sebab ayah saya pun suka buat camni..

Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis di ruangan komen, “tak buka comment dah keluar kat mulut saya, ni mesti sos tiram sebab ayah saya pun suka buat camni”.

Kasihan bukan, disangka jem roti namun nyatanya bukan. Tidak tergambar perasaan apabila menelan roti tersebut yang mempunyai rasa pelik. Korang boleh faham sendiri la apa rasa sos tiram tu, nak letak sedikit di lidah pun teragak-agak. Ini apatah lagi jika termakan.

Sumber: TikTok Nurul Huda Zailani

Baca juga: “Nampak Sedap Tapi..” Disangka Habuk Kacang, Rupa-Rupanya Ulat Kecil Yang Merayap Buat Ramai Geli Geleman

 

tags: | | | |