Nasi Lemak sudah menjadi hidangan yang digemari orang ramai. Bukan sahaja di Malaysia, ia turut terkenal di luar negara. Semenjak dahulu lagi, ia sering dinikmati tak kira waktu dan dijual oleh para peniaga dengan harga yang berpatutan.
Tapi oleh kerana keadaan ekonomi terkini, ramai peniaga yang terpaksa menaikkan harga Nasi Lemak yang dijual bagi menampung kos perniagaan. Hal itu jelas membuat pelanggan merungut tapi jika kualiti makanan itu berpatutan dengan harga yang dibayar, mereka akhirnya akur.
Namun, ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab dan cuba mengurangkan kualiti Nasi Lemak yang dijual. Perkara itu disaksikan oleh ramai, termasuk lelaki ini.
Terbaharu, seorang lelaki m.rayyanlee telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi luahan dengan kejadian mengecewakan yang telah menimpa ke atas dirinya.
Bermula begini, lelaki itu telah membeli sebungkus Nasi Lemak untuk mengisi perutnya yang kosong. Baru sahaja ingin menikmati makanan yang dibeli tadi, dia berasa terkejut apabila melihatnya.
Portion yang kecil dan sambal yang sedikit bukan menjadi masalah buatnya tapi dia terkilan bahawa peniaga tergamak untuk menjual Nasi Lemak dengan kepala ikan bilis sahaja.
Tambahnya, dia sedar keadaan sekarang amat menyukarkan dan mungkin peniaga agak tersempit sampai hanya mampu memberi kepala ikan bilis sahaja tapi janganlah sehingga menganiaya pelanggan. Kecewanya hati bila terkena begini.
@m.rayyanlee betul betul inflasi ni geng , ikan bilis dapat kepala je sekarang 😭 #nasilemak #zxycba
@m.rayyanlee betul betul inflasi ni geng , ikan bilis dapat kepala je sekarang 😭 #nasilemak #zxycba ♬ original sound – Int JayOne
Menjengah di ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan nasib lelaki tersebut. Ingin memujuk, ada yang meninggalkan komen-komen lucu, menyatakan sebab mengapa peniaga berbuat begitu.
“Okay la tu dapat kepala. Aku selalu dapat roh je jasad entah kat mana.” gurau pengguna Kerokosen.
Tidak dinafikan bahawa keadaan terkini telah menyempitkan orang ramai, terutamanya golongan peniaga yang tak mahu kerugian. Namun, mereka perlulah adil dan ikhlas ketika meniaga kerana ia menjadi punca rezeki mereka.
Kredit: m.rayyanlee