Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Air Kenduri Tak Cukup Untuk Tetamu, Tindakan Abang Pengantin Selamatkan Majlis Dipuji Ramai 

Air Kenduri Tak Cukup Untuk Tetamu, Tindakan Abang Pengantin Selamatkan Majlis Dipuji Ramai 

Kategori:
air kenduri tak cukup

Jika kita berkunjung ke mana-mana kenduri, pasti air balang menjadi antara pilihan hidangan untuk tetamu. Ada yang menyediakan pelbagai perisa untuk diminum dan biasanya tuan rumah akan mengupah peniaga air balang untuk melayan tetamu berkenaan hidangan air.

Air Kenduri Tak Cukup Untuk Tetamu, Tindakan Abang Pengantin Selamatkan Majlis Dipuji Ramai

air kenduri tak cukup

Bercerita berkenaan air balang kenduri, ada cerita berkenaan air balang kenduri  yang tidak cukup sehingga menyebabkan ada tetamu yang lewat tidak dapat menikmat air balang.

Terkadang, ada kekeliruan yang berlaku di antara tuan rumah bekenaan jemputan tetamu untuk kenduri. Ya lah, siapa sahaja yang mengetahui situasi sebenar hari kejadian macam mana kan?

Seperti yang dikongsi oleh seorang netizen bernama Afiq, katanya dia mengamalkan konsep ‘menyediakan payung sebelum hujan’ pada majlis kenduri adik perempuannya. Katanya, walaupun jemputan anggaran sudah dihitung, tetapi mungkin ada yang terlebih kerana faktor tertentu.

Jadi, dia mengambil tindakan untuk menyediakan sendiri air balang pada hari majlis kejadian belah petang kerana tiba-tiba jemputan keluarga melebihi dengan apa yang ditarget.

air kenduri tak cukup

“Dugaan majlis perkahwinan adik. Sebelah petang ramai pula yang datang. Air pun dah habis. Tapi tak perlu risau sebab alatan semua dah ada dan saya bancuh air balang sendiri.

“Memang mana-mana majlis pun saya suka bersedia macam ni. Senang kalau jadi apa-apa,” ceritanya dalam kisah air kenduri tak cukup pada perkahwinan adiknya.

Tambahnya lagi, dia telah membancuh beberapa pilihan air balang yang menjadi kesukaan ramai. Antara air yang disediakan antaranya adalah air mata kucing, jus apel asam boi, air soya sedap, air lemon, dan juga air katira.

Tindakan lelaki berkenaan melancarkan majlis perkahwinan adiknya pada hari itu. Tetamu yang datang dapat dihidangkan dengan air yang sedap dan semua boleh rasa serta berpuas hati.

Amalkan Sifat Sedia Payung Sebelum Hujan Pada Setiap Majlis

air kenduri tak cukup

Melalui kisah ini, kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran bahawa sifat ‘sediakan payung sebelum hujan’ sememangnya perlu diamal dan diletakkan dalam setiap majlis.

Segala persiapan awal harus diletakkan kemungkinan buruk yang berlaku untuk mencari jalan penyelesaian yang cepat dan pantas.

Baca juga: Budak Lelaki Datang KFC Tapi Tak Order Makanan, Kisahnya Buat Ramai Sebak Sebab..

tags: | |