Berbuat baik tanpa mengira sesiapa sahaja yang dibantu adalah perkara yang mulia. Lebih-lebih lagi, ketika keadaan orang ramai yang banyak mengalami kesusahan atas faktor ekonomi dan harga barang naik.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini, Faisal Aljofry menyatakan bahawa rezeki tak pernah salah alamat. Oleh itu, dia mahu berkongsi rezeki bersama orang ramai dengan belanja orang lain di sebuah pasar raya.
Melalui video berkenaan, dia telah belanja 3 orang pelanggan di belakangnya semasa berada di kaunter pembayaran. Pelanggan yang dibayar olehnya terkejut walaupun dia tidak mengenali Faisal, Faisal tetap ingin membayar bil keperluan dapurnya dan meletakkan ia sebagai ‘sedekah jumaat’.
“Akak scan ni sekali kak. Lepastu bil akak (pelanggan di belakangnya) masuk saya. Saya bayarkan,” katanya kepada juruwang terbabit.
Ketika ditanya mengapa ia berbuat demikian, Faisal ringkas membalas kepada pelanggan berkenaan bahawa dia membuatnya atas dasar sedekah Jumaat dan mahu berkongsi rezeki tanpa mengira sesiapa.
Dalam kisah yang sama, Faisal juga turut membayar bil seorang pelanggan lelaki dan seorang pelanggan wanita lain.
“Takpa ke bro? Thank you bro,” tanya lelaki itu.
Selain itu, seorang pelanggan wanita Cina juga turut mengucapkan terima kasih selepas terkejut dengan apa yang Faisal lakukan.
“Banyak barang wooo, takpa ke? Banyak barang wooo dik. Banyak thank you wooo” katanya yang masih tidak menyangka bahawa ada insan baik yang ingin bayarkan bil nya.
@faisal.jofry Rezeki tak pernah salah alamat… so alamat korang apa? 😌 #fyp #kitajagakita #ampang
@champions.fxc Rezeki tak pernah salah alamat… so alamat korang apa? 😌 #fyp #kitajagakita #ampang ♬ original sound – Faisal Aljofry
Melihat ruangan komen, ramai yang terharu dan teruja dengan sikap yang ditunjukkan Faisal. Ada juga netizen yang terinspirasi untuk bekerja keras agar dapat menolong orang seperti dalam video berkenaan.
“I selalu doa suatu hari nanti Allah bagi I rezeki so I boleh buat macam ni juga,” kata netizen bernama Syazwani.
Selain itu, seorang netizen lain bernama Siti juga turut memberi komen bahawa jika orang belanja sekecil-kecil ais krim pun sudah gembira, apatah lagi barangan dapur yang banyak macam tu.
“Aku kalau orang belanja aku ice cream Solero pun aku dah happy gila dah. Ni pulak belanja barang-barang rumah,” katanya memberi komen video berkenaan.
Sesunguhnya, berbuatlah baik dan sebarkan kebaikan di mana-mana pun kita berada. Walau ia sekecil-kecil pertolongan.
Sumber: Faisal Aljofry