Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Menangis Tengok Harga..”, Pakcik Lejen Jual Air Kopi Murah, Gadis Ini Terharu Pakcik Layan Macam Ni..

“Menangis Tengok Harga..”, Pakcik Lejen Jual Air Kopi Murah, Gadis Ini Terharu Pakcik Layan Macam Ni..

Kategori:
pakcik lejen jual air kopi murah

Dalam keadaan harga barang semakin menaik, pasti ada sesetengah peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mengikut harga bahan mentah pasaran. Hal itu tidak boleh dielak atas faktor tertentu. Mungkin peniaga itu ingin menyokong perbelanjaan gaji pekerja misalnya.

Tetapi berbeza dengan seorang peniaga yang menjual air kopi berhadapan KFC Bandar Baru Sungai Buloh. Peniaga yang lebih mesra disapa dengan panggilan pakcik itu masih mengekalkan harga yang murah dengan kualiti dan rasa air yang tetap sama.

“Menangis Tengok Harga..”, Pakcik Lejen Jual Air Kopi Murah, Gadis Ini Terharu Pakcik Layan Macam Ni..

pakcik lejen jual air kopi murah

Perniagaan pakcik berkenaan tular di media sosial apabila seorang gadis yang juga pengguna TikTok memuatnaik video semasa dia membeli di gerai pakcik berkenaan. Gadis yang bernama Syafiqah Najwa meluah rasa terkejut dan kagum dengan pakcik kerana mampu menjual air kopi yang pekat dengan harga yang rendah tetapi kualiti memang mantap.

Dia yang merupakan pelanggan setia pakcik berkenaan terharu melihat sokongan orang ramai yang sudi membeli di sana.

“Lama sangat dah aku tak datang. Aku cuma lalu dan jenguk dari tepi jalan. Tiap petang aku lalu depan kedai dia, tersenyum malu aku tengok kehadiran orang ramai support.

“Kehadiran aku pakcik ni layan tetap sama. Dia tak bagi bayar air yang aku beli,” luahnya dalam video pakcik lejen jual air kopi murah tersebut.

pakcik lejen jual air kopi murah

@wathursday

semoga Allah sentiasa luaskan rezeki korang semua Amin. #fy #fyp #foryou #viral

♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

@wathursday semoga Allah sentiasa luaskan rezeki korang semua Amin. #fy #fyp #foryou #viral ♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr

Menerusi video berkenaan, air yang dibuat oleh pakcik tersebut namanya air pilo (milo + kopi). Dengan kepekatan air yang sebegitu, dia menyatakan harga yang dijual oleh pakcik RM3 sahaja. Amat murah dengan kuantiti air yang banyak dan rasa yang sedap.

Melihat ruangan komen, ramai netizen dan orang ramai ingin turut mencuba air yang dijual di kedai pakcik. Ada yang terharu melihat ketabahan pakcik yang menjual dengan harga marhaen.

pakcik lejen jual air kopi murah

Selain itu, ada yang menyatakan bahawa air yang dibuat oleh peniaga lejen atau yang sudah tua ini memang memiliki satu aura keikhlasan yang luar biasa

“Wehhh banyak macam tu RM3 je ke? Semoga terus luas rezeki,” kata seorang netizen.

“Sebelum viral selau beli. Memang sedap air dia. Sebab tu kita kalau nak beli air ke makanan ke, carilah orang lama. Sebab orang lama mesti sedap dan puas hati. Selalunya,” kata netizen lain bernama Siti.

Bila Orang Buat Kerja Ikhlas Ni, Memang Nampak Dari Riak Wajahnya

pakcik lejen jual air kopi murah

Melihat cara pakcik lejen jual air kopi murah ni, memang boleh nampak cara otainya. Semoga pakcik dan pelanggan yang menyokongnya dimurahkah rezeki.

Jika kita membuat pekerjaan dengan disulami bersama keikhlasan, pasti Tuhan akan murahkan rezeki kita. Semoga Tuhan permudahkan urusan semua.

Sumber: Syafiqah Najwa

Baca juga: “Bergenang Air Mata..”, Nampak Satu Tulisan Dekat Bag Grab Food Anak, Bapa Ini Luah Rasa Sebak

tags: | |