Membeli makanan melalui atas talian menggunakan Foodpanda atau Grab Food memang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Ini kerana bukan semua orang mempunyai masa untuk memasak oleh kerana kesuntukan masa bekerja dan faktor lain.
Jadi, dalam pembelian ini juga, pelbagai permintaan yang ditulis pelanggan pada pesanan tambahan dalam nota tambahan untuk peniaga atau lebih tepat kepada tukang masak. Ada yang minta melebihkan rasa pedas makanan dan melebihkan sayur misalnya.
Terbaharu, seorang rider berkongsi pengalamannya menerima pesanan seorang pelanggan dengan pesanan tambahan panjang lebar kepada peniaga seperti sedang meluah perasaan.
“Nasi goreng seafood – tak nak sayur, bawang dan seangkatannya. Jadi, kena ganti dengan nasi dan seafood lebih. Saya mahu banyak bagi padan patut dengan harga. Saya lapar sangat dah ni, boleh makan kerbau sekor dah.
“Sayang makcik atau pakcik tukang masak tau. Masaklah makananku dengan penuh kasih sayang wahai oraang-orang tersayangku..”, tulis pelanggan Foodpanda terbabit dalam pesanan tambahan akibat lapar.
Kebanyakan netizen yang melihat video itu meluahkan rasa marah kepada pelanggan tersebut kerana banyak songeh dalam permintaan yang panjang lebar itu. Tetapi menurut rider Foodpanda, mungkin pelanggan itu sedang kelaparan untuk makan.
“Jangan la marah dia. Dia cuma budak yang kelaparan. Dia mungkin dah lapar sangat sampai taip macam ni. Saya faham perasaan itu sebab saya dari pagi cuma makan sandwich buatan si dia dengan kopi ais sebungkus beli kat Mamak Ayza Seksyen 16. I feel you,” kata rider terbabit.
https://www.tiktok.com/@key_din/video/7134297366722579739?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@key_din Abang/akak mesti dah lapar sangat sampai taip panjang macam ni. Saya faham perasaan itu sebab saya dari pagi cuma makan sandwich buatan si dia dengan kopi ais sebungkus beli kat mamak ayza Seksyen 16. I feel you. 😭 #foodpanda #shahalam #delivery #rider ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Meninjau ruangan komen, ramai netizen tidak bersetuju dengan pesanan tambahan tersebut. Kata mereka, perbandingan harga untuk menggantikan sayur dengan seafood adalah tidak patut kerana berlaku perbezaan harga berlaku di situ.
“Taknak sayur, nak ganti dengan seafood extra. Jauh beza harga tu,” kata Mimie.
“Kadang-kadang customer dia dia tak tahu bahan yang dia mintak tu lebih dari harga sayur yang dia mahu. Adoiii tolong lah faham para customer oii,” luah Fieza.
“Kalau aku, cancel je order sebab customer fussy macam ni memang akan buat hal kalau apa dia nak tak dapat. Seafood costing tinggi. Kamu bukan badan kebajikan,” komen Siti. dalam video pesanan tambahan akibat lapar itu.
Dalam kes ini, min rasa sebagai pelanggan kena tengok juga apa yang diminta tu setanding harga makanan ataupun sebaliknya. Mungkin untuk menambah pesanan yang berbaloi dengan harga dan tidak melibatkan kerugian peniaga, ia tidak menjadi masalah.
Tetapi ia bergantung kepada peniaga, mungkin ada juga peniaga tidak kisah dan ingin bersedekah dalam berniaga. Semoga segalanya dipermudahkan.
Sumber: key_din
Baca juga: Kedai Caj Teh O Ais RM5 Di PD Dikenakan Kompaun, Banner Kedai Dicabut Elak Orang Ramai Perasan