Dalam kekalutan dunia yang memecahbelahkan manusia dengan membezakan agama dan bangsa serta ideologi seseorang, masih ada sisa kemanusiaan yang patut dirai bersama. Sekurang-kurangnya, anak-anak kecil yang sedang membesar masih suci daripada kebencian terhadap orang lain yang berbeza daripadanya.
Mereka percaya, manusia hanya sama di mata Tuhan. Dan sebagai orang dewasa, tugas kita untuk menerapkan nilai kemanusiaan semasa mereka membesar.
Berbica berkenaan hal di atas, satu video yang dimuatnaik oleh seorang guru bernama Azizah Azedi menyentuh hati netizen apabila menonton video berkenaan. Video yang dikongsi memaparkan seorang pelajar India menyuap makanan kepada seorang pelajar yang menghidap penyakit sindrom down di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Indah (SMKTBI).
Hanisah yang menghidap penyakit sindrom down mengalami masalah rabun dan susah untuk makan kerana pergerakannya lambat dan terbatas. Jadi, Mahalaksmi tolong suapkan bekal yang Hanisah bawa.
“Video ini semasa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) semasa waktu rehat. Hanisah memang makan sendiri cuma sedikit lambat. In this situation budak aliran perdana dah start turun rehat. Jadi Maha suap Hanisah sebab nak naik kelas,” jelas cikgu Azizah dalam video pelajar India suap pelajar sindrom down yang dikongsinya.
@azizahazedi Replying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids ❣️ This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi
@azizahazedi Replying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids ❣️ This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi ♬ original sound – azizahazedi
Melihat ke ruangan komen netizen, ramai yang turut tersentuh hati dengan apa yang dikongsi oleh Cikgu Azizah. Bagi mereka, inilah cinta dan sayang sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya kasih tanpa kebenciaan.
“Tiba-tiba air mata akak mengalir. Baik nya kau dik suapkan kawan tu. Sambil makan sambil borak. Semoga sihat-sihat selalu ya,” kata seorang netizen bernama Kak Ngah.
“Kan aku dah cakap, politician je yang mengapi-apikan perkauman. Rakyat tidak, ini bukti,” luah Tok Mudim.
“Mata dia tak pandang agama dan bangsa sebab dia sayang kawan dia. Inilah kawan sejati,” komen Zeon Kevin.
Melalui kisah yang dikongsi ini, benarlah bahawa manusia sememangnya memerlukan antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit atau kefahaman masing-masing. Manusia itu adalah kasing sayang, dan sebagai seorang manusia yang ada sifat kemanusiaan, janganlah berhenti untuk menyebarkan hal-hal baik. Tuhan pasti memberkati.
Panjang umur hal-hal baik.
Sumber: Azizahazedi