Pernah dengar perkataan indah rupa dari rasa? Mungkin ia lebih sinonim dengan perniagaan produk atau makanan yang mempunyai rupa bentuk yang indah namun rasanya tidak enak. Mungkin perkara sebegini sudah biasa berlaku dalam kalangan kita kan.
Begitu juga dari segi pembungkusan produk tersebut. Pada pembungkusan nampak sedap, nampak enak, nampak banyak, nampak besar namun realitinya amat berbeza. Hal sebegitu seringkali berlaku kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan mereka menangis kecewa.
Mungkin bagi orang dewasa dia memahami dan boleh menerima perkara tersebut dengan lapang dada. Namun tidak bagi kanak-kanak yang masih kecil.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Mommy Dekor menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan anaknya yang menangis kecewa setelah coklat miliknya bertukar menjadi snowman putih tanpa topi dan tali leher setelah plastiknya dibuka.
Coklat tersebut menjadi coklat scam apabila lukisan yang terbentuk topi dan tali lahir yang terbentuk itu hanyalah pada plastik bungkusannya sahaja. Apabila plastik tersebut ditarik keluar, maka tinggal lah coklat yang bewarna putih itu sahaja.
Melihat coklat tersebut bewarna putih semata-mata, anak kepada Mommy Dekor ini mula menangis. Mungkin berasa kecewa setelah melihat rupa bentuk coklat tersebut yang hanya bewarna putih.
Apabila kulit coklat scam tersebut disarungkan kembali, barulah kanak-kanak kecil tersebut berhenti menangis. Mommy Dekor juga sempat menulis pada video berkenaan, ” Anak kecil kena scam. Sedia dia. Indah di sarung sahaja. Tak baik tau siapa yang meniaga macam ini. Kecewa budak”.
https://www.tiktok.com/@mommydekor/video/7134273451656760603?_r=1&_t=8V2Ni2E5nso&is_from_webapp=v1&item_id=7134273451656760603
@mommydekor Anak kecil kena scam. Sedih dia. Indah di sarung sahaja. Tak baik tau siapa yang meniaga macam ini. Kecewa budak #gula #scam #indahkhabardarirupa #menangis #anak #rezeki #fyp #belajar #hakikat #nasib ♬ original sound – Mommy Dekor
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen daripada warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, baru tahu. Sah kan budak menangis, dia pun akan menangis apabila dapat seperti coklat scam seperti itu.
“Baru tau… Sah kan budak nangis.. Aku teriak dpt cmni” – DarulTakzim🇲🇾DarulNaim
Tidak kurang juga ada yang menyatakan pernah terkena dan selalu kena lebih-lebih lagi apabila beli gula-gula Strawberi dekat Cameron Highland. “selalu kena lagi lagi yang gula gula strawberry beli dekat Cameron tu”, tulis Nur Atikah.
Manakala menurut Lynd Si Mama Anak 5 pula, katanya jenuh nak pujuk. ” adoiiiii.. jenuh nak pujuk..”.
Bukan coklat tersebut sahaja yang menjadi coklat scam, malah masih banyak lagi coklat-coklat diluar sana yang turut scam kita. Tidak kiralah sama ada dari segi pembungkusan mahupun isi dan rasanya.
Mungkin bagi orang dewasa, apabila berlaku kejadian sebegini mereka akan faham dan boleh menerima. Namun apabila berlaku kepada anak-anak, memang buntu mahu dipujuk bagaimana. Kalau anak-anak faham, Alhamdulillah lah. Kalau tidak, redha sahaja mendengar tangisan berlagunya itu.
Sumber: TikTok Mommy Dekor
Baca juga: Makin Viral, Peniaga Popia Tok Leha Ini Terkejut Pelanggan Ramai Beratur Walau Kedai Belum Buka