Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Buat Semua Benda”, Pelanggan Terpegun Tengok Tauke Kedai Makan Buat Semua Kerja, Sampai Macam Ni Sekali..

“Dia Buat Semua Benda”, Pelanggan Terpegun Tengok Tauke Kedai Makan Buat Semua Kerja, Sampai Macam Ni Sekali..

Kategori:
pelanggan terpegun

Dalam kedaan sekarang, ada restoran atau kedai makan yang kelihatan seperti tidak cukup tenaga kerja. Ia menyebabkan ada kakitangan yang harus membuat banyak kerja dalam satu masa untuk menampung keperluan kerja lain bagi melancarkan operasi kedai makan.

Tetapi, ia berbeza dengan operasi sebuah kedai makan di Kedah apabila tauke kedai mampu bekerja seorang diri tanpa bantaun pekerja lain. Apa yang lebih hebat, kerja yang dilakukan berjalan lancar dan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk makan walau dalam keadaan dia bekerja seorang diri.

“Dia Buat Semua Benda”, Pelanggan Terpegun Tengok Tauke Kedai Makan Buat Semua Kerja, Sampai Macam Ni Sekali..

pelanggan terpegun

Ketakjuban terhadap kedai makan itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok bernama King Pedro apabila dia berasa kagum mengunjungi kedai makan berkenaan dan melihat tauke kedai mampu ‘multitask’ sebegitu rupa.

“Korang mesti tak percaya kan? Gais, kedai ni memang steady gais. Semua benda dia buat sorang-sorang gais. Dia masak goreng-goreng, dia buat roti canai, dia buat air dekat situ.

“Eh, senang cerita semua benda dia buat sorang-sorang gais. Korang boleh datang..”, katanya dalam kisah yang dikongsi berkenaan pelanggan terpegun itu.

pelanggan terpegun

@kingpedo007korang mesti xcaya kan?♬ original sound – King Pedro

Melihat ruangan komen, ramai yang tahu tentang kewujudan kedai ini kerana ia pernah tular juga suatu masa dahulu disebabkan kekaguman pelanggan berkenaan tentang kehebatan tauke itu membuat kerja.

“Dulu ayah dia. Sekarang waris kat anak. Memang tukang masak multitask,” kata seorang netizen.

Selain itu, ada netizen yang juga pernah menjadi pelanggan di kedai makan terbabit menyatakan bahawa kedai ini popular dipanggil sebagai ‘kedai puaka’ oleh sesetengah orang di kampungnya.

“Dekat kampung saya panggil ‘kedai puaka’. Sebab tauke hebat dia buat semua sorang. Dia tak ada gi beli barang pun pelanggan tak lari tunggu dia balik,” kongsi seorang netizen bernama Erimajid.

Tauke Memang Hebat, Sejak Dari Zaman Ayahnya Lagi

pelanggan terpegun

Bukan senang nak cari orang yang ada multitalented dan multitask macam ni kan? Semoga tauke kedai sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan rezeki dalam berniaga ya. Didoakan juga buat peniaga lain, Tuhan permudahkan.

Sumber: King Pedro

Baca juga: Pelajar India Suap Pelajar Sindrom Down Makan, Bukti Kasih Tersebar Tanpa Kira Bangsa & Agama

tags: | |