Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ikan Goreng Style Orang lama, Rasa Lain Dari Ikan Goreng Masak Biasa

Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ikan Goreng Style Orang lama, Rasa Lain Dari Ikan Goreng Masak Biasa

Kategori: ,
ikan goreng style orang lama

Dengan hanya nasi dan ikan goreng, korang boleh makan bertambah-tambah nasi dengan masak ikan goreng cara macam ni. Tak perlu kuah bersantan atau sambal pedas, cukup dengan hidangan ikan goreng macam ni, mampu membuka selera makan.

Biasanya, kita goreng ikan dengan kunyit dan garam sahaja. Jadi untuk kali ini, mari kita ubah kelainan style orang lama. Bukan sahaja lumur ikan dengan kunyit atau garam, masukkan cili kisar dan bawang macam dekat bawah ni, ikan goreng korang akan jadi sedap sangat!

Jom cuba perkongsian resepi Ummi Hanna ni. Sedap!

Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ikan Goreng Style Orang lama, Rasa Lain Dari Ikan Goreng Masak Biasa

ikan goreng style orang lama

Bahan-Bahan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar garam halus
  • belacan sikit (optional)ikan goreng style orang lama

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk kunyit hidup, belacan dengan garam sampai hancur. Lepas tu tumbuk bawang merah, bawang putih. Tak lumat sangat pun tak apa.
  2. Masukkan cili kisar, gaul-gaul rata masukkan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti, nak guna ambil sikit.
  3. Lumur ikan, lepastu perap sekejap lepas tu goreng.
  4. Minyak goreng ikan tu sedap buat goreng sayur / buat nasi goreng ikan.

ikan goreng style orang lama ikan goreng style orang lama

Tips:

  • Guna sudu besar, banyak tapi bukan guna sekaligus tu. Buat stok simpan dalam peti. Senang tak payah tumbuk banyak kali.
  • Garam tu ikut citarasa la nak rata tau nak penuh.
  • Kalau simpan bekas bertutup elok seminggu pun tahan, tak ada hal.

Perghhh! Siap sudah ikan goreng style orang lama ni. Makan dengan nasi panas-panas ada sambal belacan, budu, ulam-ulam petai sikit puun dah cukup nikmat.

Nak tahu rasa lain dia macam mana, korang kena cuba tau cara ni!

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Ummi Hanna

Baca juga: Resepi Sambal Kicap Power Ramuan Istimewa, Makan Dengan Apa Sahaja Pun Tetap Sedap!

tags: | |