Dalam kehidupan ini, seseorang mesti bekerja untuk mengisi perut yang kelaparan bagi kelangsungan hidup. Lebih-lebih lagi, ketika dunia semakin banyak krisis menyebabkan ekonomi negara tidak stabil dan rakyat terjejas dengan harga keperluan harian yang semakin menaik.
Bercerita mengenai kegigihan bekerja, seorang lelaki bernama Pachai Thamizhan berkongsi tentang kisahnya terjumpa seorang penghantar makanan Foodpanda yang tergolong dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kejadian yang berlaku baru-baru ini dikongsikan olehnya di Facebook dan mendapat perhatian orang ramai. Dia menceritakan bagaimana dia menolong penghantar makanan berkenaan untuk memudahkan kerjanya pada malam itu.
“Ternampak lelaki ini berjalan dengan uniform Foodpanda di Jalan SS 5C /1, semasa saya dalam perjalanan pulang selepas mengambil pesanan KFC saya.
“Dia kelihatan sangat lemah dan letih dan sedang mencari alamat pelanggan yang merupakan penghantaran makanan ke-10 dan juga yang terakhir untuk hari itu. Saya telah memberinya tumpang untuk menghantar makanan ke destinasi terakhirnya,” luahnya dalam hantaran berkenaan penghantar makanan Foodpanda OKU tersebut.
Dalam perkembangan sama, dia juga menceritakan dia sempat berkongsi makanan KFC yang dibelinya dan mendapatkan nombor telefon untuk membantunya dari segi mencari kerja.
“Saya berkongsi KFC dengan dia. Jika ada sesiapa yang berminat untuk memberinya peluang dalam prospek yang lebih baik boleh hubungi dia di talian nombor Krisna +601127018103.
Terima kasih,” terangnya lagi dalam hantaran sama.
Meninjau ruangan komen berkenaan hal itu, ramai yang tururt bersimpati dan dalam masa yang sama kagum dengan kegigihan penghantar makanan bernama Krisna demikian.
“Saya begitu kagum dan respect dengan penghantar makanan ini sebab kegigihan dan kesungguhan untuk terus hidup. Rasa malu dengan diri sendiri yang sempurna fizikal tapi selalu merungut,” kata seorang netizen bernama Johan Bohari.
“Kesian dia. Harap ada insan yang tolong berterusan. Belas kasihan sesama insan amalan yang mulia tak kira bangsa dan agama,” kata netizen bernama Noor Laina dalam ruangan komen kisah penghantar makanan Foodpanda OKU itu.
Selain itu, netizen juga menyifatkan syarikat Foodpanda mengambil insiatif yang bagus dalam mengambil pekerja OKU dengan memberi peluang mereka bekerja untuk mencari rezeki.
“Di samping orang yang membantunya, jika dilihat dalam gambaran besar kita juga harus memberi tepukan kepada Foodpanda. Memandangkan memberi peluang lelaki ini untuk bekerja. Kebanyakan syarikat tidak boleh memberi peluang seperti ini,” kata Carl Moris.
Menerusi kisah ini, semoga kita sentiasa saling membantu dalam apa keadaan sekalipun. Mungkin kita dapat menyelamatkan jiwa seseorang yang sedang lemas. Sekurangnya, dia mampu berenang dan terus hidup, kan?
Semoga semuannya dipermudahkan.
Sumber: Pachai Thamizhan