Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard, Sedap Buat Minum Petang!

Resepi Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard, Sedap Buat Minum Petang!

Kategori: ,
puding roti pandan kelapa Gardenia

Hidangan minum petang memang sedap dihidang dan dimakan bersama keluarga atau teman kan? Sambil berborak tentang hidup atau hal-hal politik yang tiada sudah misalnya. Dihidang pula dengan teh o panas dan dipandakan dengan dessert yang mantap.

Jadi untuk kali ini, kami ingin berkongsi satu dessert ringkas tapi sedap buat korang semua, pembaca setia kami. Perkongsian resepi puding roti pandan kelapa Gardenia ini dikongsi oleh Azriyani Yanasha di Facebooknya. Nampak sedap dan menarik bukan?

Jom cuba bersama!

Resepi Puding Roti Pandan Kelapa Gardenia Bersama Sos Kastard, Sedap Buat Minum Petang!

puding roti pandan kelapa Gardenia

Bahan-Bahan:

  • 10 keping roti pandan kelapa Gardenia
  • 2 biji telur gred A
  • 2-3 sudu besar gula
  • 2 1/2 cawan susu segar/full cream
  • esen vanilla 1 sudu kecil
  • 1/4 sudu kecill pandan paste
  • kismis
  • kacang almond – optional

Cara Penyediaan:

  1. Potong 4 setiap roti. Susun roti dalam loyang.
  2. campur semua bahan bertanda.
  3. Tuang ke atas susunan roti sehingga roti terendam.
  4. Taburkan kismis dan hirisan kacang almond.
  5. Bakar 180 selama 40 minit api atas bawah.
  6. Kemudian, api atas sahaja sebentar untuk garingkan bahagian atas.

Sos Kastard:

  1. 1 cawan susu segar/full cream.
  2. 1 cawan susu cair.
  3. 3 sudu besar gula.
  4. 2 sudu besar tepung kastard.
  5. sedikit pandan paste.
  6. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga pekat di atas api sederhana.
  7. Kalau rajin, boleh blend daun pandan asli.

puding roti pandan kelapa Gardenia puding roti pandan kelapa Gardenia

Siap sudah hidangan puding roti pandan kelapa Gardenia ni. Makan dan cicah pula dengan sos kastard yang pekat melikat tu, memang sedap! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Azriyani Yanasha

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Masak Ikan Goreng Style Orang lama, Rasa Lain Dari Ikan Goreng Masak Biasa

tags: | |