Dalam ketika ini, trend bawa bekal ke sekolah dan tempat kerja timbul dan muncul kembali selepas video TikTok bekal umar pergi school tular dan menarik minat orang ramai.
Sebenarnya jika diikutkan, ia bukanlah satu trend kerana perkara itu sudah menjadi gaya hidup buat sesetengah orang oleh sebab banyak manfaat jika seseorang itu membawa bekal. Atas faktor kebersihan dan penjimatan belanja misalnya.
Jika dahulu tular satu video TikTok memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Boss Shukex yang juga pengasas Halo Telco ‘dibahan’ oleh rakan-rakannya kerana membawa bekal masakan isteri.
Ini ketika mereka berkumpul untuk makan tengahari. Tetapi kini salah seorang ‘tukang gelak’ turut membawa bekal dari rumah selepas dipaksa oleh isteri tercinta.
Menurut video berkenaan, rakannya yang bernama Ejam itu malu menunjukkann bekal dibawa sehingga disorokkan ke dalam baju bagi mengelak daripada ‘dibahan’ orang ramai.
“Dia kena paksa juga. Dia dah kahwin, haritu dia bahan. Nampak dia malu bawa bekal. Bahan orang nombor satu. Kerja dia kerja bahan orang. Bila dia kena bawa bekal bini dia paksa baru dia tahu,” kata Boss Shukex dengan nada jenaka dipenuhi gelak ketawa bersama.
Rakaman berdurasi 50 saat itu memaparkan mereka dan beberapa lagi rakan keluar makan tengah hari tetapi Ejam menyembunyikan bekas makanan di dalam baju sebelum mengeluarkannya.
Lebih menarik perhatian apabila lauk dibekal isteri masing-masing hampir sama sekali gus mereka menikmati dengan penuh selera.
@bosshukex Replying to @Siti Nur Sofiya Bahan org no 1. Baru tahu menyorok bekal. Haha
@bosshukex Replying to @Siti Nur Sofiya ♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe
Meninjau ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi yang ditunjukkan itu. Dan yang lebih mengujakan para isteri di ruangan komen terharu dan mengucapkan terima kasih kepada suami yang menghargai titik peluh isteri menyediakan bekal makanan.
“Saya bagi pihak isteri-isteri sedunia ingin mengucapkann terima kasih menghargai susah payah seorang isteri siapkan bekal,” kata seoranng netizen bernama Eonnika.
“Saya selalu buat bekal untuk suami. Kadang try juga buat macam bekal Umar,” kongsi Chima.
Selain itu, bekas makanan yang dibawa Ejam turut mendapat perhatian netizen terutama dalam kalangan isteri.
“Tupperware.. Tinggi betul kepercayaan isteri dia. Tahniah lah, jangan hilang je,” kata Wanee dengan nada berseloroh dalam kisah suami sorok bekal tersebut.
Bawa bekal ke sekolah atau tempat kerja ni adalah satu gaya hidup yang sihat dan amalan terpuji. Ia adalah satu hal yang tidak patut kita berasa malu. Dalam kes ini, selain dapat mengeratkan hubungan suami isteri, ia juga dapat memberi manfaat dari segi kesihatan atasa faktor kebersihan.
Kalau suami nak masak bekal untuk isteri pun tak jadi masalah! Selamat meraikan kebahagiaan dengan cara yang sekecil-kecilnya buat semua.
Sumber: Boss Shukex
Baca juga: Pelanggan Merungut Harga Makanan Gerai Tepi Jalan Mahal? Peniaga Ini Kongsi Cerita Sebenar