Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Restoran 10 Gram Antara Tempat Trendy Memukau Hati Pelanggan, Dari Hidangan Asia & Barat, Jom Singgah!

Restoran 10 Gram Antara Tempat Trendy Memukau Hati Pelanggan, Dari Hidangan Asia & Barat, Jom Singgah!

Kategori: ,
Restoran 10 Gram

Walaupun restoran 10 Gram boleh dikatakan baru setahun jagung, namanya mendapat tempat di hati para penggemar restoran. Mula diperkenalkan pada tahun 2015, sejak itu restorannya menjadi bualan ramai tidak kira penggemar makanan Asia ataupun Barat.

Restoran 10 Gram

Ini dibuktikan dengan kejayaan pembukaan cawangan restoran di serata tempat. Sehingga tahun ini, mereka telah berjaya membuka 7 cawangan di Semenanjung Malaysia:

  • Vista Alam Shah Alam
  • Tamarind Square Cyberjaya
  • Sri Dagang & Air Putih Kuantan
  • Baker Cyberjaya
  • Kojo & Sepohon Tamarind Square Cyberjaya

Restoran 10 Gram Punya Banyak Pillihan Hidangan Unik & Selera Ala Hipster!

Sesuai dikunjungi bagi semua golongan. Tidak kira yang muda, tua, eksekutif atau seisi keluarga, semua akan jatuh cinta jika menjejakkan kaki ke sini.

Bukan sahaja mempunyai imej yang gah dengan dekorasi ‘rustic industrial’ seperti yang sering dipamerkan di negara barat. Ia mempunyai banyak hidangan yang merangkumi segala citarasa.

Misalnya, jika korang ke cawangan restoran 10 Gram di Tamarind Square, Cyberjaya, Shah Alam dan Kuantan, korang boleh memesan Pizza Ultimate, Mongolian Chicken Chop, Spaghetti Aglio Olio dan beraneka manisan yang membuka selera sesiapa saja.

Restoran 10 Gram Restoran 10 Gram Restoran 10 Gram

Bukan sahaja itu, kalau korang merupakan penggemar makanan Asia, berkunjung ke 10 Gram sememangnya pilihan yang tepat.

Hidangan Asia seperti Nasi Lemak Classic, Kari Laksa, Sambal Fried Rice dan banyak lagi menjadi pilihan di 10 Gram yang tidak pernah menjemukan.

Bagi pesanan minuman pula, biasanya pelanggan akan memesan minuman viral seperti Secret Garden dan Laboratory Coffee yang rasanya sangat mantap. Bukan hanya terkandung rasa yang sedap, ia juga sesuai untuk dipamerkan di laman sosial masing-masing kerana dipamerkan secara kreatif.

Restoran 10 Gram Restoran 10 Gram

Pelbagai Aneka Pemanis Mulut Yang Pasti Korang Jatuh Cinta!

Bukan sahaja menghidangkan makanan berat, 10 Gram juga mempelbagaikan pilihan pemanis mulut atau desserts seperti cake dan manisan untuk memenuhi citarasa para
pelanggan yang baru mahupun sedia ada.

Cake dan manisan di 10 Gram, sering saja menjadi bualan ramai kerana keenakkannya dan paling utama ianya diilhamkan oleh chef 10 Gram sendiri.

Tak kira di cawangan restoran 10 Gram, mahupun di 10 Gram Bakers (Cyberjaya) dan juga restoran Kojo (Cyberjaya), keistimewaan ini diberikan kepada semua pengunjung yang idamkan kek dan pasti berkualiti tinggi.

Restoran 10 Gram

Jangan ketinggalan untuk nikmati beraneka kek seperti Kek Opera, Pavlova, Tiramisu. Milo Dinasour, Biscoff Sundae, Chocolate Peanut Butter dan Lemon Curt.

Ramai mata yang terkesima apabila 10 Gram turut menyediakan manisan kegemaran dari Perancis iaitu Canaled dan all time favourite pilihan ramai, Peach Strudel.

Memang banyak kan hidangan restoran 10 Gram yang sedap dan menarik? Daripada hidangan berat kepada manisan mulut, semua anda boleh dapati di 10 Gram!

Jom nikmati hidangan menarik di sana! Tak sabar rasanya nak cuba kan? Jangan lupa layari laman web 10 Gram untuk maklumat lanjut berkenaan makanan ataupun tempahan!

tags: