Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Percaya Rezeki Tak Putus Jika Letak Air Dalam Pinggan Selepas Makan, Wanita Ini Buat Para Waitress Tak Puas Hati 

Percaya Rezeki Tak Putus Jika Letak Air Dalam Pinggan Selepas Makan, Wanita Ini Buat Para Waitress Tak Puas Hati 

Kategori:
letak air dalam pinggan

Setiap individu atau keluarga pasti akan ada kepercayaan dan amalan masing-masing. Misalnya, kalau baca surah ni jadi kaya, kalau buat amalan ni murah rezeki. Selagi amalan tersebut tidak berlawanan dengan agama Islam, tidak mengapa.

Malah ramai sahaja yang mengamalkan surah Al-Waqiah dan percaya asbab surah tersebut, kita bakal dimurahkan rezeki. Memang khasiat surah Al-Waqiah ini tidak dinafikan lagi. Selain amalan sebegitu, ada juga amalan atau perkara lain yang sering diamalkan.

Percaya Rezeki Tak Putus Jika Letak Air Dalam Pinggan Selepas Makan Wanita Ini Buat Para Waitress Tak Puas Hati

Seperti mana yang menjadi amalan seorang gadis yang dikenali dengan nama Rasyidah Jasmi menerusi aplikasi TikTok ini, apabila dia sempat berkongsi sebuah video berkenaan dengan amalan yang sering dilakukan olehnya.

Bukan amalan seperti solat atau membaca surah-surah tertentu, namun amalan tersebut adalah berkenaan dengan pesanan dari ibunya di mana selepas makan letak air dalam pinggan. Dengan melakukan perbuatan tersebut, InshaAllah rezeki tak putus.

“Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan InshaAllah rezeki tak putus”, tulis Rasyidah menerusi ruangan caption video tersebut. Rasyidah juga sempat menulis di dalam video berkenaan “Siapa macam ni lepas makan letak air dalam pinggan”.

Menerusi video berkenaan juga, dapat dilihat Rasyidah menuangkan air putih ke atas pinggan setelah selesai menjamu selera. Mungkin dengan meletakkan air dalam pinggan ini, kerja mereka yang membasuh pinggan akan lebih mudah dan cepat kerana tiada makanan yang melekat.

Namun begitu, ia meninggalkan rasa tidak puas hati dalam kalangan waitress, memandangkan cara tersebut menyukarkan mereka ketika mengangkat pinggan tersebut. Selain tumpah ke atas meja, mereka juga risau jika air tersebut tumpah ke atas baju.

@syiqa.syam

Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan inshallah rezeki tak putus 🥰#fyp

♬ Bobo – XVX

@rasyiqahjasmi Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan inshallah rezeki tak putus 🥰#fyp ♬ Bobo – XVX

Susah nak bawak, takut tumpah..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Selain ada yang tulis merana bagi orang yang angkat pinggan tersebut ada juga yang meninggalkan komen menyatakan susah nak bawa dan takut tumpah.

“Susah nak bawak, takut tumpah. Lagipun kami memang rendam dulu sebelum basuh. Kalau mangkuk takpe kot, jgn pinggan”, tulis Haff di ruangan komen.

LeeYaNa pula menulis, “ni la buat pekerja-pekerja kedai makan nak menyumpah. Kerja yang boleh jadi cepat jadi lambat sebab tabiat ni”.

Manakala Bib awiy pula menulis, ” rezeki tak putus sebenarnya di situ nak bagitahu bila kita mudahkan kerja orang (pinggan tu senang nak cuci kalau basuh), maka Allah akan mudahkan kerja kita juga.

Niat Rasyidah berkongsi perbuatan tersebut baik dan bagus sebenarnya. Bukankah jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah juga akan memudahkan urusan kita? Bukankah itu juga satu rezeki?

Akan tetapi, apabila mendengar keluhan para waitress di ruangan komen, ada baiknya jika tidak melakukannya. Kalau nak buat dekat rumah, silakan. Tak menjadi masalah.

Sumber: TikTok RasyiqahJasmi

Baca juga: “Potong Berapa Agaknya Tu..” Lelaki Ini Redha, Beli Roti Sosej & Realitinya Amat Mengejutkan

tags: | | |