Kehidupan tanpa seorang ayah pastinya amat sukar. Ayah, seorang insan hebat yang sentiasa berusaha dan mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sifat ayah ini tidak seperti ibu, ibu lebih menunjukkan rasa sayang dan kecintaannya kepada anak, namun ayah tidak.
Kelihatan ego, kelihatan seperti tidak mengambil tahu akan anak-anaknya namun rupa-rupanya dia lah insan yang paling cemas apaila anaknya ditimpa sesuatu atau kesusahan. Pasti ramai dalam kalangan kita yang kehilangan ayah namun cukup merindukan susuk tubuh itu.
Seperti mana yang diluahkan oleh warga TikTok, apabila masing-masing meninggalkan komen luluh hati apabila mereka rata-ratanya menyatakan rindu ayah dan bahagianya mempunyai ayah.
Rasa dan komen sedemikian rupa timbul apabila ada seorang gadis yang dikenali @tyhamzh telah memuatnaik sebuah video berkenaan dengan perbuatan kasih sayang dari ayah kesayangannya itu.
Setiap kali pulang dari masjid, si ayah akan menjenguknya di dalam bilik dan setiap kali itu juga, si ayah akan mengajaknya makan. Tidak henti, kadangkala masih berbaju Melayu terus menjengah ke bilik tyhamzh untuk melakukan hal sama.
“Everytime balik masjid perkara pertama ayah buat akan jengah bilik ajak makan”, tulis tyhamzh di ruangan caption video tersebut.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat si ayah membuka pintu biliknya lalu memberi salam kemudian mengajak makan. Ada hari ayahnya membawa makanan dari luar seperti sup sayur namun ada hari ayahnya itu mengajak anaknya makan sahaja.
Hakikatnya perbuatan dan kelakukan itulah yang menyebabkan orang ramai sebak, orang ramai luluh hatinya dan menangis merindukan ayah mereka.
@_teyyyyyyyyyy Simpan sini untuk kenangan . Everytime balik masjid perkara pertama ayah buat akan jengah bilik ajak makan 🌻🫶🏻
@tyhahmzhSimpan sini untuk kenangan . Everytime balik masjid perkara pertama ayah buat akan jengah bilik ajak makan 🌻🫶🏻
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi sedih dan komen dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.
Ramai yang menangis, meluahkan rasa sedih dan sebak, begitu juga dengan isteri kepada Fattah Amin iaitu Fazura, apabila dia turut meninggalkan komen menyatakan rasa rindu kepada arwah papanya. “Allah.. rindunyaaa kat arwah Papa”, tulis Fazura di ruangan komen.
Malah ada yang turut meluahkan dia tidak dapat layanan seperti tyhamzh walaupun dia mempunyai ayah. Turut meluahkan rasa rindu untuk dipeluk, dimanja dan disayang oleh ayah.
“Saya ada ayah tapi saya tak dapat merasa layanan ayah macam ni, saya rindu nak dipeluk nak disayang nak dimanja dengan ayah tapi..”, tulis pemilik akaun TikTok Toke the sarong toke cosmetic.
Manakala Syafinaz pula meninggalkan komen yang berbunyi, “Sebak tengok…ayah kita sayang kita dengan cara mereka. Biasanya dalam bentuk “act of service” mcm ni. Bahasa cinta mereka.”
Korang yang masih mempunyai ayah dan masih dapat bermanja, sayangilah dan hargailah ayah korang. Jangan dilupa juga ibu, kedua-dua ini insan yang sangat hebat. Insan yang patut kita bahagiakan.
Sumber: TikTok tyhahmzh