Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Asyik Masuk Buku 555 Je..”, Peniaga Makanan Luah Rasa Kesal, Pelanggan Datang Tapi Tak Bayar. Rupa-Rupanya..

“Asyik Masuk Buku 555 Je..”, Peniaga Makanan Luah Rasa Kesal, Pelanggan Datang Tapi Tak Bayar. Rupa-Rupanya..

Kategori:
peniaga makanan luah rasa kesal

Dalam perniagaan tidak kira bidang apa yang diceburi, pelbagai dugaan harus ditempuh oleh peniaga. Lain orang, lain ujiannya.

Tetapi apa yang pasti, ujian datang untuk menguatkan dan akan mengajari kita dengan pelbagai pengajaran di sebalik kisah tersebut.

“Asyik Masuk Buku 555 Je..”, Peniaga Makanan Luah Rasa Kesal, Pelanggan Datang Tapi Tak Bayar. Rupa-Rupanya..

peniaga makanan luah rasa kesal

Seperti yang dikongsi oleh seorang peniaga makanan, dia menyifatkan satu ujian baginya apabila ada pelanggan yang asyik meminta lauk percuma. Kisah yang dikongsi melalui video TikToknya menerangkan bahawa pelanggan itu selalu menyuruhnya meletakkan bil dalam buku 555 (buku hutang).

“Suka-suka dia je minta lauk niaga orang. Kalau sekali dua takpa. Ni boleh kata hari-hari. Pelik la nak sound kan takut terasa. Pendam je lah.

“Asyik masuk buku 555 je. Asyik lupa bawa duit je. Itu je lah modal hari-hari,” luahnya dalam video peniaga makanan luah rasa kesal tersebut.

peniaga makanan luah rasa kesal

@dylazahid😒😤♬ suara asli – @Fampir – @Serlinha

Melihat ruangan komen netizen, ada yang turut sama berkongsi kisah sebegitu sebagai peniaga. Dan, ada juga yang menyifatkan hal itu sebagai sedekah dalam berniaga.

“Kalau saya yang meniaga jumpa orang macam tu saya happy dan saya bagi free hari-hari dekat dia dengan ikhlas kerana Allah. Sebab itulah saham akhirat kita nanti,” luah seorang netizen.

“Selalu dapat. Ada RM2 je kata nak hutang dulu. Ambil dulu petang bayar. Saya jawab semua okay. Walaupun hati berat saya redha atas rezeki,” kata seorang peniaga lain yang bernama CEO USJ Nasi Kerabu Tumis.

“Saya jual lauk jugak, saya bagi customer saya berhutang dengan saya. Sebab akan menyusahkan saya untuk pusing modal,” kata Misrapis Homemade memberi pendapat

Selain itu, dalam ruangan itu juga terdapat komen yang menyatakan “tokeh minta memanglah free,”. Rupa-rupanya, itu adalah isteri tauke tersebut. Walaupun video diambil dalam gurauan, tetapi jika diteliti, ia terkandung banyak pengajaran.

Susah Nak Pusing Modal

peniaga makanan luah rasa kesal

Daripada perkongsian itu, pengajaran dapat diambil oleh kedua-dua belah pihak, peniaga dan pelanggan. Ini adalah secara umum bukan menjurus kepada konteks video ini.

Untuk peniaga, sememangnya kita dianjurkan untuk bersedekah kerana itu adalah hal yang mulia. Tetapi, jika kerap kali orang yang sama datang dengan membeli cara sedemikian, beranikan diri untuk bertanya sebab musababnya bagi keterangan dan pemahaman kita.

Dan untuk pelanggan. Janganlah menyusahkan peniaga kecil dalam berniaga. Contohnya, walaupun peniaga itu kenalan kita, haruslah membayarnya dengan jumlah yang sama. Kecuali peniaga yang memberi potongan bayaran itu sendiri.

Semoga urusan semua dipermudahkan di luar sana, ya!

Sumber: Dilla

Baca juga: Gadis Ini Suka Makan Sabun Serbuk, Netizen Sangka Ini Penyakit Pica, Minta Rujuk Doktor

tags: | |