Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nasi Lemak Bangsudu RM1, Ramai Suruh Naikkan Harga Tapi Peniaga Enggan, Sampai Khairul Aming Pun Datang!

Nasi Lemak Bangsudu RM1, Ramai Suruh Naikkan Harga Tapi Peniaga Enggan, Sampai Khairul Aming Pun Datang!

Kategori:
nasi lemak bangsudu

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil mengakibatkan harga barang naik, ada peniaga yang menaikkan harga jualan mereka atas faktor harga barang mentah dan juga harga kos lain.

Ini adalah untuk menampung kembali modal jualan mengikut harga pasaran. Tetapi ia berbeza dengan peniaga nasi lemak RM1 yang meniaga di Desa Coalfields Sungai Buloh, di tepi jalan. Dia dikenali sebagai nasi lemak bangsudu seringgit.

Nasi Lemak Bangsudu RM1, Ramai Suruh Naikkan Harga Tapi Peniaga Enggan, Sampai Khairul Aming Pun Datang!

nasi lemak bangsudu

Walaupun sering kali netizen yang menonton videonya di TikTok menyuruhnya menaikkan harga, dia tetap ingin menjual nasi lemak RM1 atas beberapa faktor seperti tidak menyusahkan pelanggan dengan harga baru disamping sama-sama membantu masyarakat.

Katanya, dia enggan berbuat demikian kerana kasihankan pelajar yang selalu datang membeli dengannya. Disebabkan harga murah sebegitu, pelajar dapat berjimat dengan membeli nasi lemaknya untuk makan waktu rehat.

“Ramai yang suruh saya naikkan harga. Sebab saya tak nak naikkan harga kerana nak permudahkan urusan orang. Kesian dekat adik-adik yang pergi sekolah.

“Kalau saya jual mahal, waktu rehat nanti dorang nak makan apa? Saya harap semuanya jelas,” katanya.

Kasihan Murid Yang Selalu Datang Beli, Tak Nak Bebankan Pelanggan

nasi lemak bangsudu

https://www.tiktok.com/@bangsudu/video/7101110852979363099?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7108336414912185857

@bangsudu Reply to @neshram5 saya takut mahal .. #fyp #foryou #suduada #abgtaram #myfoodie ♬ original sound – TAUKE NASI LEMAK RM1

Dalam perkembangan sama, nasi lemaknya juga turut dinotis oleh usahawan muda berjaya, Khairul Aming yang singgah ke gerainya untuk membeli.

Reaksinya begitu memeranjatkan kerana tidak sangka Khairul Aming datang untuk menyokong peniaga kecil sepertinya.

Dalam perkongsian video Khairul Aming pula, dia menceritakan bagaimana dia keluar rumah sejak awal pagi untuk membeli nasi lemak bangsudu. Menurutnya, tak sampai setengah jam hampir 600 bungkus habis dijual dan terbukti apabila dia sendiri mencubanya, sambal nasi lemak memang sedap dan mantap!

“Apa yang aku amazed dengan bangsudu ni, walaupun dia jual produk simple nasi lemak RM1 je, tapi storytelling dia menarik. Dia cerita struggle dia macam mana, dia interact dia dengan customer.

“Jadi kita pun dekat luar rasa kita sebahagian business dia juga. Yang paling penting dia work hard. Everyday dia jual nasi lemak, mak ayah dia yang masakkan. And then dia tolong sekali,” cerita Khairul Aming berkenaan nasi lemak bangsudu itu.

nasi lemak bangsudu

https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7136101037001198875?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7108336414912185857

Rezeki Abang Sudu, Khairul Aming Pun Datang Review

@khairulaming Lupa nak mintak sudu tapi selamat bangsudu kasi sudu lebih tadi 🤣 #MakanLokal #NasiLemak @TAUKE NASI LEMAK RM1 ♬ New Home – Austin Farwell

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang bangga dengan kecekalan dan cara konsisten bangsudu terbabit. Ada yang dari jauh juga ingin mencuba kesedapan nasi lemak bangsudu.

“Rezeki abang sudu, dah lah soft spoken, baik pulak tu. Khairul Aming review terus rasa nak makan. Sold out tak sampai seminit,” katanya.

nasi lemak bangsudu

Melalui kisah ini, terbuktilah keikhlasan dalam berniaga akan membawa kita ke jalan yang tidak disangka. Semoga semua peniaga kecil di luar sana dimurahkan rezeki selalu dan aman damai segalanya.

Sumber: Bang Sudu & Khairul Aming

Baca juga: “Dia Nak Bayar Tapi Saya Tak Ambil..”, Pelanggan ‘Istimewa’ Pembawa Nikmat, Netizen Doakan Peniaga Ini Murah Rezeki

tags: | |