Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Walau Kami Peniaga Kecilan, Kami Juga Punya Hati..” Peniaga Luah Rasa Kesal, Pelanggan Campak Duit Masa Bayar

“Walau Kami Peniaga Kecilan, Kami Juga Punya Hati..” Peniaga Luah Rasa Kesal, Pelanggan Campak Duit Masa Bayar

Kategori:
peniaga kecilan

Seperti kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah bunyi peribahasa Melayu yang sangat mementingkan tutur kata dan adab sopan dalam perbualan harian. Selain itu, tingkah laku yang baik juga amat ditekankan supaya manusia melayan seseorang dengan baik.

Tidak mengira pangkat, umur dan juga darjat seseorang, sememangnya kesopanan dan kesusilaan harus diterap. Sombong di dunia tidak akan mengekalkan apa-apa kerana ini semua sementara dan pinjaman.

“Walau Kami Peniaga Kecilan, Kami Juga Punya Hati..” Peniaga Luah Rasa Kesal, Pelanggan Campak Duit Masa Bayar

Seperti sebuah video yang dikongsi oleh seorang peniaga jalanan yang menjual kebab, dia bercerita tentang kisahnya berkenaan seorang pelanggan yang melayannya dengan cara tidak beradab. Menurutnya, ada seorang pelanggan membayar duit dengan mencampak duit berkenaan ke arahnya semasa pembayaran.

peniaga kecilan

“Customer kurang ajar. Kepada abang yang pakai baju kuning semalam. Jangan campak-campak duit lagi ya. Walaupun abang kaya sekarang, kaya lah dengan adab, bukan biadab,” luahnya dalam video perkongsian tentang pengalaman sebagai peniaga kecilan itu.

Tambahnya lagi, sikap seperti itu tidak harus dilakukan oleh siapa pun kerana setiap manusia punya hati dan perasaan untuk dihargai.

“Kami hanya peniaga kecilan. Tapi jangan lupa kami juga ada hati dan perasaan,” katanya lagi.

peniaga kecilan

@debab.station Kami hanya peniaga kecilan tapi jangan lupa kami juga ada hati dan perasaan 😊 #bisnesanakmuda #debabstation #masukberanda #fyp #kualaterengganu #pantaibatuburukterengganu #b40 #makanlokal #streetfood ♬ Sahabat Tak Akan Pergi – Betrand Peto Putra Onsu & Anneth

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang turut bersimpati dengan penjual berkenaan. Ada yang meresahkan rasa kecewa kepada pelanggan terbabit kerana sifatnya yang bongkak itu.

“Saya niaga kedai makan. Duit dilemparnya. Ada bagi jatuh nasi di lantai, dipijaknya lagi. Saya sabar,” kongsi seorang netizen bernama Juliana.

“Betul, saya pun biasa kena banyak kali. Main campak-campak je duit tu. Kenapa tak boleh bagi elok-elok ke duit tu. Kita bukan pengemis kita ni peniaga,” kata seorang netizen lain bernama Dhia.

Bagi Elok-Elok Kan Boleh…

peniaga kecilan

Menerusi kisah ini, kita dapat saling mengingati bahawa jangan pernah memandang rendah kepada sesiapa pun. Di mata Tuhan kita semua sama. Jika berkunjung ke mana-mana kedai makan atau dimana-mana sahaja, ucaplah terima kasih selepas dilayan walau itu hal yang kecil kerana ucapan sebegitu akan membuat seseorang terasa dihargai.

Sumber: Debab Kebab

Baca juga: “Jangan Sebab Bayar Mahal, Hilang Rasa Tanggungjawab”, Lelaki Ini Nasihat Orang Ramai Jangan Buat Macam Ni Di Restoran..

tags: | |