Kebersihan merupakan salah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Lebih-lebih lagi bagi peniaga atau pihak yang menyediakan makanan kepada orang ramai. Bab kebersihan ini tidak boleh dibuat main, peniaga kedai makan atau pun restoran perlu menitik beratkan soal ini.
Jangan dibiarkan tempat makan, peralatan dan makanan dihidangkan dalam keadaan yang tidak bersih. Isu ini boleh mendatangkan kemudharatan kepada kedua-dua belah pihak.
Ditambah pula, zaman sekarang zaman viral. Sekejap sahaja ia tersebar apabila berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Seperti mana yang dikongsikan oleh Shah_ryzal menerusi akaun TikTok berkenaan dengan sebuah kedai makan yang dianggap pengotor.
Kedai makan tersebut dianggap pengotor apabila dia menemui makhluk yang tidak diundang iaitu siput bulat dalam sayur Kailan Ikan Masin yang dimakannya. Kejadian tersebut pastinya amat menggelikan memandangkan dia sudah makan Kailan Ikan Masin tersebut.
Shah juga sempat meminta orang ramai agar berhati-hati apabila mengunjungi kedai makan berkenaan. Namun sebelumnya, dia sempat berasa kecewa kerana dia tengah asyik makan sayur tersebut namun tiba-tiba menemui siput.
“Memang hareee lah weiii tengah syok makan tetiba sayur ko ada siput plzz korang hati hati kalau nak g makan kat wan mad sea food kg baru”, tulis Shah di ruangan caption.
Menerusi video yang dikongsikan itu, jelas kelihatan siput bulat yang sudah tidak bergerak di dalam pinggan sayur Kailan Ikan Masin. Mungkin siput tersebut berada di celah sayuran dan tukang masak tidak perasan akan makhluk tak diundang itu.
https://www.tiktok.com/@shah_deen/video/7135420669076032794?_r=1&_t=8VEZhPXVx7h&is_from_webapp=v1&item_id=7135420669076032794
@shah_deen Memang hareee lah weiii tengah syok makan tetiba sayur ko ada siput plzz korang hati hati kalau nak g makan kat wan mad sea food kg baru #wanmadseafood ♬ original sound – Shah_ryzal
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Selain ada yang turut menyatakan pengalaman menemui makhluk yang sama, ada juga yang dapat ikan hanyir dan busuk.
“Rasa macam pernah pergi ikan hanyir”, tulis Rokiah Kamis725 di ruangan komen. Manakala menurut azlizain61 pula lebih kurang sama, ” saya pernah kena, kedai jual ikan busuk tapi dia cakap ikan bekok, ada juga macam ni”.
Malah menurut pemilik akaun yang dikenali dengan nama Kak Ja juga melalui kejadian yang hampir sama, apabila dia sekeluarga dapat ikan singgang busuk dan hanyir macam kain buruk. “Allahu, kedai ni saya ke sefamily, ikan singgang busuk, hanyir macam rendam kain buruk. Ikan 3 rasa, kalian ermm first and last pijak situ.”, komenya.
Lebih teruk lagi apabila ada yang menemui anak katak dalam sayur yang dimakan.” Saya pun pernah kena sekali, ada anak katak dalam kailan ikan masin” – mahadijusoh222
Allahurabbi, kenapa begitu sekali. Apakah tindakan pemilik kedai makan apabila ramai yang melalui nasib yang sama. Tak kan la tiada langsung maklum balas atau luahan dari pelanggan sebelum ini. Tak kan pelanggan hanya berdiam diri sahaja apabila terkena.
Semoga pihak kedai makan tersebut lebih menjaga kebersihan lagi selepas ini. Bukan sahaja satu kisah yang didengar, rupa-rupanya dah ramai yang terkena.
Sumber: TikTok Shah_ryzal
Baca juga: “Tak Padan Harga..” Lebih Tepung Dari Sotong, Wanita Ini Keliru Dapat Sotong Celup Tepung Ke Donut