Selepas dua tahun hari kemerdekaan negara diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan 2022 tahun ini kembali diwarnai keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang ratusan ribu hadirin di Dataran Merdeka.
Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi di Dataran Merdeka, tapak bersejarah yang menjadi saksi pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957.
Justeru, orang ramai berpusu-pusu ingin menyaksikan acara gilang gemilang itu. Dianggarkan lebih 70,000 orang memenuhi Dataran Merdeka semalam. Dalam keramaian itu, kisah abang Grab mencari pelanggan yang memesan makanan dalam lautan pengujung itu menghiburkan orang ramai.
Kisah yang dikongsi melalui satu video yang dimuatnaik oleh Liszydev itu mencuri tumpuan netizen. Dia memaparkan bagaimana abang Grab berkenaan pening mencari pelanggannya yang entah di mana dan siapa orangnya.
“Siapa order ni hantar masuk makanan dalam ni. Aduhh. Pening ahhh. Banyak pulak tuh,” laung abang GrabFood dalam video tersebut ketika mencari pelanggan.
Di video berkenaan, pemilik video menulis “Grab dimana-mana. Terima kasih bang hiburkan kami walaupun kecewa di dalam kesesakan,” tulisnya pada keterangan video berkenaan.
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di situ juga turut ketawa kerana perilaku abang GrabFood berkenaan begitu mencuit hati.
https://www.tiktok.com/@liszydev/video/7138036943811530011?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@liszydev GRAB dimana-mana 😂😂😂 Terima kasih bang hiburkan kami walaupun kecewa didalam kesesakan #merdeka #dataranmerdeka #masjidjamek ♬ original sound – Liszy
Meninjau ruangan komen netizen, orang ramai yang menonton video berkenaan juga turut terhibur.
“Ni mesti abang yang makan KFC atas pokok tu yang oorder,” kata Qaseh.
“Hahaha. Buat hal. Pening brader tu,” kata netizen lain bernama The John Friday.
Memang terbaik lah abang GrabFood. Mereka ni bukan sahaja menjadi penghantar makanan berjaya, tetapi juga merupakan penjaga lalu lintas yang hebat dan penyelamat ketika sesuatu kemalangan berlaku dan mereka ni juga boleh menjadi ubat untuk ketawa.
Dalam pada itu, semoga urusan abang GrabFood dan juga rider di luar sana dipermudahkan Tuhan.
Sumber: Liszydev