Di Malaysia, kedai makan merupakan antara tempat yang menunjukkan perpaduan kaum di negara ini. Lihat sahaja situasi di Kedai Mamak misalnya. Kita boleh lihat pelanggan yang terdiri daripada pelbagai bangsa terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain duduk semeja menikmati roti canai serta teh tarik panas. Sambil menikmati hidangan, ada ikatan hubungan yang murni dapat dilihat.
Seperti satu video yang dikongsi oleh seorang gadis Cina ketika dia berkunjung ke kedai makan Lemang To’ki, seorang lelaki Melayu mengejutkannya. Ini apabila lelaki Melayu berkenaan menyanyikan lagu Cina daripada penyanyi Jam Hsiao kepadanya sambil dia menikmati Lemang.
“Sedang menikmati lemang, tiba-tiba, seorang penyanyi lelaki Melayu mula menyanyikan lagu dalam bahasa Cina. Tak sangka suaranya sangat merdu dan dapat pengalaman macam ni masa menikmati lemang dan rendang.
“Kepetahan bahasanya lagi baik dari saya. Dengar sahaja vibrato yang dilantukan itu. Dia cakap dia nyanyi lagu Cina sebab saya satu-satunya pelanggan yang ada dekat situ. Lelaki tu jadikan pengalaman saya macam layanan 5 bintang,” kata gadis Cina yang memberi nama butterandbuns pada TikToknya.
Melalui video perkongsian itu, gadis Cina terbabit betul-betul menikmati nyanyian merdu berkenaan dan begitu terpukau dengan kebolehan lelaki Melayu itu.
@flokihii And covering a Jam Hsiao song?? Come on gotta promote him here ✨
@butterandbunsAnd covering a Jam Hsiao song?? Come on gotta promote him here ✨♬ super freaky girl x luxurious – xxtristanxo
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang turut memuji kepetahan lelaki Melayu berkenaan bertutur dalam bahasa Cina. Dalam perkembangan sama, netizen berjaya mengorek identiti lelaki Melayu berkenaan dan ternyata lelaki itu ialah Jaswan Abdullah.
“Wow bestnya suara dia. Chienese dia lagi tepat dari aku lagi. Siapa yang kenal abang ni? Tolong famouskan dia,” kata netizen bernama Patricia.
“Gadis Cina makanan lemang sambil dengan lelaki Melayu nyanyikan lagu dalam bahasa Cina. Ini memang Malaysia sangat,” kata netizen lain memberi reaksi kepada video gadis Cina sedang makan lemang berkenaan.
Dalam perkongsian kisah ini, terbukti bahawa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum sememangnya suka akan perdamaian. Hanya pihak yang tertentu mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersatu padu atas faktor kepentingan politik, misalnya.
Semoga kita terus aman damai dan sejahtera sampai bila-bila.
Sumber: butterandbuns