Lambakan para peniaga yang menjual makanan di kedai makan atau Pasar Malam pastinya akan lebih memudahkan orang ramai. Tekak terasa hendak makan sesuatu makanan, kunjungi sahaja mana-mana gerai. Tekak terasa hendak minum air balang, kunjungi sahaja kedai yang menjual air balang ini.
Selain lambakan makanan yang dijual, sebagai pelanggan, kita juga akan menemui pelbagai ragam manusia. Tidak kira sama ada ragam peniaga ataupun ragam pelanggan. Pasti akan ada pelbagai kisah yang pelik, melucukan dan menyedihkan berlaku.
Seperti mana yang dikongsikan oleh n.a.waxsilicone menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan gelagat seorang lelaki yang menimbulkan persoalan dalam benak fikiran orang ramai.
Kisah bermula apabila ada seorang lelaki yang secara tiba-tiba datang ke gerai air balang dan kemudiannya dengan selamba mengambil air milo yang tersedia di atas balang. Tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu, lelaki berkenaan dilihat terus minum minuman tersebut.
Ekoran kelakuan lelaki tersebut yang datang secara tiba-tiba dan kemudian terus mengambil dan minum air balang berkenaan, ia telah menimbulkan persoalan dalam kalangan penonton. Mana tidaknya, disangka pencuri rupa-rupanya lelaki berkenaan adalah adik ipar kepada peniaga air balang ini.
Hal tersebut dijelaskan oleh n.a.waxsilicone sendiri menerusi ruangan komen, menurutnya video tersebut adalah content semata-mata. Lelaki berkenaan adalah adik iparnya yang berniaga nasi lemak ayam rempah sebelah kedainya.
“Hahaha content je kak. Adik ipar niaga nasi lemak Ayam Rempah sebelah kedai ayaq cup. Sambil-sambil tu saja wat hal kat kedai ayaq cup sepupu” , balas n.a.waxsilicone salah satu komen pelanggan.
Jadi tidak hairan lah, mengapa dia dengan selamba mengambil minuman tersebut tanpa rasa bersalah serta takut. Kemudian beredar pergi dari kedai begitu sahaja.
@n.a.waxsilicone harap owner kdai xdak TikTok🤣
@n.a.waxsiliconeharap owner kdai xdak TikTok🤣♬ bila orang dah benci – ◦•●◉✿🌹𝐑𝐄𝐄𝐙🌹✿◉●•◦
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen meminta lelaki berkenaan agar membayar dahulu sebelum minum dan ada juga yang menyangkakan, lelaki berkenaan adalah pemilik kedai.
“Tu lah owner dia kot”, tulis Orkidvelvet.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan, lelaki berkenaan tauke kedai memandangkan sebelum dia mengambil air berkenaan, dia sudah memegang penyedup minuman.
“Tauke kedai ni. Tiba-tiba je ada straw kat tangan dia”, komen Hasnrida7077
Patutlah lelaki berkenaan dengan selamba mengambil air balang tersebut dan minum tanpa rasa bersalah sedikit pun. Bahkan siap senyum lagi setelah mengambil minuman berkenaan. Jadi ia hanyalah konten semata-mata jadi jangan pula korang mengecam lelaki berkenaan.
Malah sangkaan orang ramai bahawa lelaki berkenaan adalah pemilik gerai berkenaan juga tidak benar. Walaubagaimanapun, sekiranya memang ada dalam kalangan korang yang pernah menghadapi kejadian yang sedemikian rupa, ada baiknya jika halalkan sahaja minuman tersebut.
Tidak usah marah-marah dan membesarkan masalah, niat bersedekah adalah lebih baik berbanding mengutuk pihak yang terbabit.
Sumber: TikTok n.a.waxsilicone