Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sindrom Down Jumpa Sindrom Down..”, Gadis Ini Kongsi Kisah Bertemu Pekerja OKU McD , Sentuh Hati Netizen

“Sindrom Down Jumpa Sindrom Down..”, Gadis Ini Kongsi Kisah Bertemu Pekerja OKU McD , Sentuh Hati Netizen

Kategori:
pekerja OKU McD

Seperti sedia maklum, McDonald’s menyediakan peluang dan inisiatif kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan membuka peluang pekerjaan setelah bekerjasama bersama pelbagai organisasi lain.

Hal itu harus diberi pujian kerana bukan semua syarikat membuka peluang yang bermakna itu. Ia mampu menyalurkan semangat kepada golongan ini untuk terus hidup dan dalam masa yang sama merasai kehidupan seperti orang lain.

“Sindrom Down Jumpa Sindrom Down..”, Gadis Ini Kongsi Kisah Bertemu Pekerja OKU McD , Sentuh Hati Netizen

pekerja OKU McD

Menyebut hal itu, satu momen bersama pekerja OKU McD  bernama Aidil yang menghidap penyakit sindrom down menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Momen dan kisah itu dikongsi oleh seorang yang menggelarlakan dirinya sebagai boss kecik di laman TikTok. Ini apabila dia menemukan saudaranya yang juga menghidap penyakit sindrom down bertemu dengan Aidil, pekerja sindrom down berkenaan.

“Bila sindrom down jumpa sindrom down. Dia pun pelik kenapa muka sama,” katanya pada keterangan video.

Menerusi video berkenaan, dia memberi sejumlah wang kepada Aidil dan berbual dengan Aidil dengan bertanyakan khabar kepadanya.

“Aidil okay ke? Kerja best?”, soalnya kepada Aidil yang membalas pertanyaan itu dengan hanya mengangguk. Apabila ditanya berkenaan umur, Aidil memaklumkan kepadanya bahawa dia lupa akan umurnya berapa.

Momen dan kisah itu mendapat perhatian netizen akan keprihatinan orang awam menghargai pekerja OKU dengan lebih prihatin. Ia dapat menghiburkan hati mereka secara tidak langsung.

Sejuk Hati Tengok Mereka Berinteraksi

pekerja OKU McD

https://www.tiktok.com/@ibosskecik/video/7138749522062167322?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139338906701907458

@ibosskecik dia pun pelik kenapa muka sama 😆 (btw, rajin Aidil kerja) #fyp #downsyndrome #mcdonalds #ibosskecik #bougastiktokchallenge #sedekahjumaat ♬ suara asli – gabut woi

Meninjau kepada ruangan komen netizen, ramai yang memuj kelakuan baik mereka yang begitu menyentuh hati dan comel.

“Saya pun ada adik sindrom down. Yang saya perasan, dorang ni macam ada networking. Bila jumpa dekat mana-mana dorang boleh bertegur sapa macam pernah kenal,” kata salah seorang netizen.

“Comelnya, sopan santun dia,” kata seorang netizen bernama Juwa.

Terima Kasih Bagi Mereka Peluang Bekerja

pekerja OKU McD

Melalui kisah ini, pelbagai pengajaran baik dapat diambil. Selain memanusiakan manusia, semoga pekerja OKU sentiasa diberi peluang bekerja dalam sistem yang membela mereka.

Sumber: ibosskecil

Baca juga: “Janji 100 Ribu Pengunjung..”, Peniaga Sedih Terpaksa Buang Barang Jualan, Bayar Sewa Event Mahal, Tapi..

tags: | |