Masak Lemak Cili Api merupakan antara makanan yang cukup popular di Malaysia. Lebih-lebih lagi di negeri Sembilan, rasanya yang pedas dan berlemak membuatkan orang ramai sangat menggemarinya.
Terdapat pelbagai jenis Masak Lemak Cili Api yang terdiri dari udang, ayam dan ketam. Kebiasaannya menu ini sering dihidangkan pada waktu tengah hari dan sangat enak apabila dimakan bersama-sama dengan ikan goreng atau pun ayam goreng.
Namun lain pula kisah yang dikongsikan oleh leejaa menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan anak lelakinya. Anak lelakinya yang pada ketika itu sedang menikmati nasi bersama-sama dengan kuah Masak Lemak Cili Api dan juga coklat Cadburry membuatkan orang ramai berasa pelik.
Cuba korang bayangkan, makanan yang pedas dan berlemak disatukan bersama-sama makanan yang manis. Agak-agak apa rasanya ya? Walaupun begitu, adik ini kelihatan biasa sahaja. Seakan-akan gabungan menu tersebut sangat enak.
Menerusi video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok itu, adik tersebut dilihat sedang makan nasi dan kemudiannya mengigit coklat tersebut sebagai lauk. Tidak kelihatan lauk lain, hanya ada coklat Cadburry sahaja di dalam pinggan nasinya.
Walaubagaimanapun, adik lelaki tersebut dilihat sangat menikmati makanan itu sambil matanya asyik melihat telefon bimbit di depan nya. Iejaa juga sempat menulis caption “tah la nak” di ruangan caption.
@iejafei Tah la nak
@iejafeiTah la nak
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen menarik dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.
Ada yang menyifatkan adik ini sangat rare memandangkan dia kelihatan biasa sahaja makan Cadburry bersama-sama dengan Masak Lemak Cili Api. “Rare kau dik”, tulis pemilik akaun TikTok Balqis Amani.
Malah menurut thetcallmeAmiraa pula, katanya adiknya makan nasi dengan Mr.Potato. Kadang 1 peket tahan sampai 3 hingga 4 hari, adiknya itu hanya makan dengan nasi putih sahaja.
“Adik saya pulak makan nasi dengan Mr Potato yang bbq. Kadang sepeket tahan sampai 3 ke 4 hari. Dia just makan dengan nasi putih”
Tidak kurang juga, ada yang berseleroh menyatakan esok nak cuba Cadburry masak lemak cili api. “esok try, Cadburry masak lemak cli api” – Nurfafaa
Manakala menurut Cikgu Aini pula, “kalau dah tengok hphone, makan apa pun tak kisah dah tu”.
Tak pernah jumpa kan Cadburry Masak Lemak Cili Api? Mungkin selepas ini korang perlu cuba makanan rare ini. Mesti sedap, kalau tidak adik tersebut tak menikmatinya. Walaupun begitu anak-anak muda pada zaman sekarang memang makanannya rare.
Ada sahaja makanan pelik dan gabungan pelik yang dimakan. Begitulah, semakin meningkat masa semakin banyak makanan pelik dan rare yang keluar dan dicuba oleh kita semua. Cuma akhirnya tinggal kita sahaja memutuskan untuk terus makan makanan tersebut ataupun tidak.
Sumber: TikTok Iejaaa
Baca juga: “Ee Gelinya..” Lelaki Terkilan Temui Banyak Ulat Dalam Makanan Yang Dipesan Melalui Food Delivery