Nasi lemak merupakan antara nasi yang cukup popular dalam kalangan penduduk Malaysia. Tidak kira bila, setiap waktu dan ketika pasti nasi ini yang menjadi pilihan sebagai penghilang lapar. Selain makan di kedai, ramai juga antara kita yang lebih memilih untuk masak sendiri di rumah.
Apabila masak sendiri, pastinya kita akan berpuas hati kan? Bebas masukkan bahan sesuka hati dan pastinya hidangan yang disediakan adalah mengikut selera masing-masing. Terdapat pelbagai jenis nasi lemak yang boleh dihidangkan atau dibuat oleh kita tau.
Antaranya nasi lemak putih berlaukkan sambal kerang, sambal udang, sambal sotong dan juga sambal ikan bilis. Selain itu ada juga nasi lemak kuning dan nasi lemak pandan. Nasi lemak pandan ini biasanya bewarna hijau. Namun apabila di luar, ramai peniaga yang tidak menggunakan daun pandan asli.
Nak tahu cara menyediakan Nasi Lemak Asli Pandan? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Aisyah Humaira di bawah ini.
Mudah sahaja kan nak buat Nasi Lemak Asli Pandan ini? Yang penting, jangan derhaka resepi, barulah masakan yang dimasak enak dan menyelerakan. Dah ada cara masak nasi lemak tapi belum ada tips untuk masak sambal nasi lemak yang sedap? Jom ikuti di bawah ini pula.
Masak sambal tumis nampak simple tapi kenapa rasa lain-lain dan warna sambal ada yang merah ada yang hitam? Ada yang sedap ada yang tak sedap. Pada peniaga-peniaga nasi lemak ambil la petua ni supaya sambal tumis anda lebih sedap dan orang makan pun jadi ketagih. Pengalaman berniaga nasi lemak akak share pada semua. Tapi sekarang akak tak berniaga dah. Dah pencen.
Nak tahu petua masak sambal yang lebih enak? Jom buat siap-sipa cili kering kisar. Senang nak masak jimat masa dan yang paling penting sambal atau sayur yang hampa masak lagi sedap kalau buat cili kisar macam ni. Nak-nak kalau sambal tumis ikan bilis, sambal ikan, sambal ayam, sambal sotong, sambal ketam atau udang.
Serius memamg sedap. Tapi yang paling penting masa kita kat dapur sangat-sangat jimat. Nak masak cili kisar dah siap dah. Ambil bawa keluar dari peti ais terus masak. Akak dari dulu memang suka buat siap-siap cili kisar ni sebab nak jimat masa memasak.
Sambal tak payah letak halia dengan belacan. Sebab halia akan buat sambal tu rasa pahit-pahit. Cukup sekadar letak air asam jawa untuk menghilangkan rasa hanyir ikan bilis, ikan, udang. ketam, sotong atau ayam. Belacan pun tak perlu letak sebab belacan akan hilangkan bau wangi cili kisar.
Tak perlu belacan untuk menghasilkan sambal tumis lebih sedap. Letak air asam jawa, gula 3 sudu besar dengan garam secukup rasa itu sudah memadai untuk menghasilkan masakan sambal yang sedap. Tapi harus diingatkan cili kisar tu kena pastikan betul-betul garing sebelum letak air asam jawa tu.
Petua masak sambal ni nak sedap, cili kena betul-betul garing ye. Gula pula letak last. Dah letak gula tu terus tutup api dang angkat terus ye. Jangan biarkan sambal tu dalam kuali. Itu petua sambal tu nampak merah dan tak hitam serta lebih wow.
Untuk peniaga-peniaga nasi lemak lepas hampa goreng ikan bilis tu dan bila ikan bilis tu dah masak angkat terus ikan tersebut. Kemudian terus masukkan cili kisar ni. Masak sampai sambal betul-betul garing. Memang lama masak sambal untuk orang yang berniaga nasi lemak ni sebab sekali masak cili berkilo-kilo. Kerap kacau, merecik jangan cerita. Habis dapur. Sukatan cili dan bahan-bahan hampa gandakan je sukatan bahan-bahan tu.
Dah cukup lengkap resepi dan petua kan? Apa kata kita mula memasak sekarang, musim cuti sekolah ni sesuai sangatlah nak masak nasi lemak ni sebab anak-anak ada dekat rumah.
Selamat mencuba & semoga bermanfaat!
Kredit: Aisyah Humaira & Rose Perodua
Baca juga: “Tak Sempat Tunggu Tengahari Dah Licin..”, Ini Dia Puding Roti Coklat Milo Kegilaan Ramai