Semakin hari semakin banyak luahan pelanggan di media sosial berkenaan makanan yang dibeli mereka tidak berpatutan dengan apa yang dibayar. Misalnya, beli karipap tapi memiliki inti oksigen, sandwich pula hanya diletakkkan inti pada bahagian tepi dan luar sahaja serta lain-lain keluhan.
Hal itu amat mendukacitakan pelanggan kerana pada penilaian pertama, mereka dapat makan dengan jumlah yanng dibayar tersebut.
Seperti satu perkongsian yang diluahkan oleh seorang wanita di TikTok, dia kesal dengan kebab yang dibeli olehnya kerana tidak sangka akan mendapat kebab sebegitu rupa. Ini apabila dia memesan kebab inti daging tetapi akhirnya mendapat kebab inti kentang semata-mata.
“Ingatkan nak support business Melayu, order kebab daging, tapi kalau dah semua isi kentang, tak apa lah rezeki awak dik. Macam ni lah kalau beli dekat gerai takda orang. Rasa tak payah cakap lah.
“Bila semua benda nak dijual. Rasa dia macam gaul kentang dengan ciliboh weh,” luahnya tentang kesal beli kebab daging.
Kebab biasanya memang akan diletak kentang bersama isi yang diminta, daging atau ayam. Tetapi ketika pelanggan itu membeli, hanya kentang yang dijadikan inti, dagingnya tiada.
@iffajiha Macam ni lah kalau beli dekat gerai takde orang. rasa takpayah cakap lahhh😩😩😩 #seksyen24shahalam #shahalamcommunityforest #fypシ #masukberanda #foryoupage #malaysiantiktok #taksedaptapiberniaga
@iffajiha Macam ni lah kalau beli dekat gerai takde orang. rasa takpayah cakap lahhh😩😩😩 #seksyen24shahalam #shahalamcommunityforest #fypシ #masukberanda #foryoupage #malaysiantiktok #taksedaptapiberniaga ♬ Laper Laper Ha – Faiha
Meninjau ruangan komen, netizen dan orang ramai turut menyatakan hal yang sama kerana ada juga pernah mengalami situasi ini.
“Benda senang je kalau macam ni orang yang beli tu sekali je akan beli lepastu kalau kita customer kurang cuba tengok balik silap apa,” kata netizen.
“Tauke sendiri yang rosakkan business dia. Bukan kita tak nak bantu. Kalau sedap kita viralkan,” kata netizen lain bernama Azender tentang luahan kesal beli kebab.
Sebagai kesimpulan, berniagalah dengan jujur dan ikhlas, jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata. Semua orang sedang terkesan sekarang, salinglah tolong menolong kerana di dunia perniagaan, pelanggan dan peniaga sememangnya saling memerlukan.
Kalau kita buat sedap dan berpatutan, pelanggan pun akan datang lagi untuk beli. Semoga semuanya dipermudahkan.
Sumber: Iffajiha
Baca juga: Singapura Tarik Balik Produk Kicap Dari Malaysia, Kandung Asid Benzoid Lebih Had