Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Siapa Sakiti Lelaki Ni…”, Makan Dapat Malu Pun Dapat? Ramai Tanya Bila Mesin Jerit Ni Nak Keluar Dekat Malaysia!

“Siapa Sakiti Lelaki Ni…”, Makan Dapat Malu Pun Dapat? Ramai Tanya Bila Mesin Jerit Ni Nak Keluar Dekat Malaysia!

Kategori:
mesin jerit

McDonald’s banyak mengeluarkan kempen atau challenge yang kreatif dan menarik sehingga memikat hati pelanggannya untuk terus setia dengan mereka. Kita sudah terbiasa dengan iklannya yang inovatif sehingga melekat di fikiran kita.

Terbaharu, tular satu video berkenaan challenge McDonald’s yang lain dari lain di Funan Mall, Singapura yang dinamakan I scream for McDonald’s Ice Cream Challenge.

“Siapa Sakiti Lelaki Ni…”, Makan Dapat Malu Pun Dapat? Ramai Tanya Bila Mesin Ni Nak Keluar Dekat Malaysia!

mesin jerit

Kempen itu dilihat menarik perhatian ramai kerana anda hanya perlu menjerit seperti melepaskan kemarahan dan dengan itu anda akan dapat ais krim Hershey secara percuma! Pelanggan hanya perlu menjerit pada papan digital sehingga tahap desibel sasaran.

Semasa mereka menjerit, kon ais krim vanila biasa di atas papan akan berubah menjadi perisa coklat Hershey, dan kemudian mereka boleh mengumpul baucar untuk kon Hershey percuma apabila sampai ke tahap yang sepatutnya. Ia seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.

“Ternyata ada challenge demi ais krim percuma dan saya berhasil. Ternyata betul sedap ais krim coklat Hersehy ni. Patutlah ramai yang rela ikut challenge ni. Padahal tinggal beli je murah, mengaku saja yang ikut challenge itu mahu melepaskan puasnya,” kata pemilik video berkenaan dengan nada seloroh.

Kalau Beli Murah Je, Mengaku Je Semua Nak Jerit…

mesin jerit

Menerusi video mesin jerit McD itu, sememangnya ramai yang berteriak dan menjerit sekuat hati mereka. Dengan kepuasan dan energi yang ada, mereka seperti melepaskan perasaan di situ. Misalnya, lelaki berbaju kuning. Ramai netizen yang tertarik dengan teriaknya.

Pelbagai gelagat yang ditunjukkan mereka. Ada yang menunjukkan aksi lucu seperti lelaki berbaju biru tersebut.

@yukianggia

Replying to @Aisyah Siti Arum Sho serius nanya: orang Asia kenapa, sih? 🤣🤣🤣

♬ Bad Habits – eydrey

@yukianggia Replying to @Aisyah Siti Arum Sho ♬ Bad Habits – eydrey

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang terhibur dengan gelagat masing-masing. Ada antara rakyat Malaysia yang meminta untuk mengadakan di sini juga.

“Kalau ada dekat Malaysia, aku rasa aku lari dulu ke sana ni,” kata netizen berkenaan.

“Tolong lah buat satu ke dekat KLCC atau Paviliion ke,” minta netizen bernama Luqman.

“Dekat mana ni? Malaysia ada tak? Nak jerit ni”, kata Rose.

Buat Mesin Jerit Dekat KKLCC Satu Nanti!

Min pun nak try kalau McD buat dekat Malaysia nanti. Lepas perasaan dan geram dapat, ais krim pun dapat!

Sumber: yukianggia

Baca juga: “Ingat Nak Support Melayu Niaga..”, Wanita Ini Luah Rasa Kesal Beli Kebab Daging, Rupanya Ini Sebabnya..

tags: | | |