Kebersihan makanan adalah satu perkara yang amat perlu dititik beratkan. Lihat sahaja hari ini, berapa ramai yang menanggung kesakitan cirit birit akibat dari makan makanan yang tidak bersih. Malah lebih menyedihkan lagi adalah apabila keracunan makanan tersebut disebabkan oleh makan makanan dari luar.
Oleh sebab itu, sebagai peniaga, terutamanya peniaga makanan, mereka sepatutnya menjaga kebersihan makanan dengan sebaik mungkin. Pastikan makanan yang dijual itu dicuci bersih.
Ada segelintir peniaga yang hanya pandang sebelah mata akan kebersihan makanan ini. Seperti mana yang berlaku oleh wanita yang dikenali dengan nama Norzuliana zakaria, di mana dia telah membeli nasi berlauk dari luar untuk sarapan pagi.
Sewaktu ingin menikmati nasi berlauk tersebut, wanita ini terkejut apabila mendapati pedal ayam dalam nasi berlauk tersebut belum dibelah. Maksudnya pedal ayam tersebut belum lagi dicuci bersih. Kejadian menggelikan itu dikongsikan olehnya menerusi aplikasi TikTok.
Melihat kepada pedal ayam tersebut yang masih ‘gemuk’, wanita ini akhirnya membelah pedal tersebut. Dan pastinya apa yang dilihat amat mengejutkan bila mana pedal tersebut masih terisi dengan sisa makanan yang dimakan oleh ayam.
Pastinya ianya adalah satu kejadian yang amat menggelikan. Mana tidaknya, pedal ayam tersebut masih terisi dengan sisa makanan yang dicernakan sebelum menjadi tahi.
Saat mencuci organ tersebut pun kita sudah berasa geli, ini apatah lagi jika pedal dimasak belum bercuci. Automatik tekak terasa loya teramat sangat.
Menerusi video yang dikongsikan oleh ini, dapat diihat dengan jelas kegemukan pedal ayam tersebut sebelum dibelah. Setelah dibelah dua, dapat dilihat sisa makanan yang tersimpan di situ.
@zchouse._ Sarapan pagi tadi.. Tanjat pak karim dengan mak jemah🤣 sekali gaul nak makan, ambik kauuu😆 geli tekak… Huhuhu
@zchouse._Sarapan pagi tadi.. Tanjat pak karim dengan mak jemah🤣 sekali gaul nak makan, ambik kauuu😆 geli tekak… Huhuhu
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berkongsi pernah melalui situasi menggelikan itu.
Malah ada juga yang menyatakan, jika kejadian tersebut terjadi pada dirinya, pasti dia akan menunjukkan pedal ayam tersebut kepada peniaga. “Kalau saya pergi tunjuk kat kedai balik”, tulis Suejoe3114 di ruangan komen.
Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan dan menyatakan sanggup nya peniaga berkenaan berbuat sedemikian rupa. “Allahu, sian. Sanggup ya peniaga tu.” – Pijo409.
Dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh menyatakan sedap dan ada juga dari kalangan warga TikTok yang berasa kembang tekak apabila melihat video berkenaan.
Kotor bukan apabila menemui pedal ayam yang masih bertahi dan belum dicuci dalam masakan. Tidak dapat diketahui dengan lebih jelas apakah peniaga tersebut tidak perasan atau pun sebaliknya. Diharapkan semoga selepas ini para peniaga lebih berhati-hati dalam soal penyediaan makanan ini.
Bimbang sekiranya kita tidak menjaga dengan baik, makanan yang dibeli dan seterusnya dimakan oleh pelanggan ini bakal memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan pelanggan.
Sumber: TikTok Norzuliana zakaria