Umum mengetahui, badan kita hanya memerlukan gula dengan kuantiti yang normal. Jika berlebihan, penyakit seperti diabetes kemungkinan besar akan dihadapi oleh seseorang.
Oleh itu, pelakon veteran, Zaidi Omar, 64, mendedahkan di tidak mengamalkan pemakanan yang berunsurkan gula. Malah, sentiasa minum air kosong untuk kekal bertenaga demi meneruskan gaya hidup sihat.
Menerusi laporan Utusan Malaysua, dia mengakui tidak mengambil pemakanan yang manis sejak daripada dahulu lagi. Zaidi mengamalkan senaman di gimnasium pada setiap hari untuk menjaga kesihatannya.
“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengammbil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong,” katanya.
Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Johor itu turut memaklumkan untuk mengelakkan berat badan naik secara mendadak, dia hanya makan nasi separuh pinggan sahaja.
Malah, Zaidi Omar akan tidur seawal jam 10 malam untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan jarang untuk keluar daripada rumah untuk lepak bersama rakan-rakannya.
“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun kadang-kadang tak habis.
“Kalau tidak ada pengambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” jelasnya lagi.
Untuk info tambahan, selain dari kencing manis, pengambilan gula secara berlebihan sememangnya akan mengakibatkan pertambahan berat badan. Masalah obesiti semakin meningkat hasil pengambilan fruktosa meningkatkan rasa lapar dan keinginan untuk makan lebih banyak glukosa.
Selain itu, penyakit jantung juga terjadi akibat kesan pengambilan gula berlebihan. Diet tinggi gula boleh menyebabkan obesiti, keradangan dan peningkatan paras trigliserida, gula dalam darah serta tekanan darah – faktor risiko sakit jantung.
Mengambil banyak gula terlalu banyak dan berlebihan, terutamanya daripada minuman manis dikaitkan dengan aterosklerosis – pennyakiit dicirikan oleh deposit berlemak dan penyumbatan arteri.
Semoga tips yang dikongsi oleh Zaidi Omar dapat diambil pengajaran buat semua yang inginkan gaya hidup sihat! Bak kata pepatah, penyakit seeloknya dicegah daripada dirawat. Sihat-sihat semuanya.
Sumber: Utusan Malaysia