Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bila Ada Masalah, Kita Cari Solusi..”, Tular Runner Lalamove Dimaki Peniaga Kek, Komen Lelaki Ini Dapat Pujian Ramai!

“Bila Ada Masalah, Kita Cari Solusi..”, Tular Runner Lalamove Dimaki Peniaga Kek, Komen Lelaki Ini Dapat Pujian Ramai!

Kategori:
runner Lalamove dimaki peniaga

Baru-baru ini, tular seorang peniaga kek memarahi runner Lalamove kerana terhancurkan kek pelanggan yang perlu dihantar oleh runner berkenaan dan hal itu menimbulkan kemarahan orang ramai. Difahamkan pada awalnya, peniaga kek berkenaan memaksa runner Lalamove untuk membayar segala ganti rugi kek tersebut.

Oleh yang demikian, runner Lalamove berkenaan telah membayar ganti rugi kek yang terhancur itu dengan jumlah RM113 tetapi tidak mencukupi RM3. Padahal, memang termaktub di dalam syarat Lalamove bahawa pihak mereka tidak akan menanggung segala kos ganti rugi jika barang rosak.

Tambahan lagi, seperti sedia maklum, kek adalah barang yang senang rosak. Hal itu telah menimbul kemarahan netizen kerana adab perbualan peniaga yang biadab terhadap runner berkenaan agak melampaui batas.

Menurut netizen lebih-lebih lagi, kesalahan sepenuhnya bukan terletak kepada runner berkenaan sahaja. Tetapi kenapa runner berkenaan yang harus membayar kesemua jumlah ganti rugi kek itu?

“Bila Ada Masalah, Kita Cari Solusi..”, Tular Runner Lalamove Dimaki Peniaga Kek, Komen Lelaki Ini Dapat Pujian Ramai!

Berikutan itu, seorang baker lain telah menciptakan solusi bagi masalah ini. Dia menceritakan bagaimana jerih perih perniagaan kek yang diusahakannya mencipta satu kek board khas bagi mengelakkan kek hancur dan rosak ketika penghantaran jauh atau ke kawasan berbukit untuk pelanggan.

“Topik (baker marah lalamove) ni awalnya aku tak nak komen langsung. Takut aku tengok orang kecam kaw-kaw. Mostly banyak cerita masalah. Jarang cerita solusi. Dekat sini aku nak share pengalaman aku as baker.

“Aku jual kek secara serius masa hujung 2018 (part time job). Aku buat wedding cake, kebanyakan kek aku memang tinggi. Penghantaran & pengendalian memang memeningkan kepala. End up aku selalu hantar kek sendiri sebab tak percaya nak bagi orang lain hantarkan.

“Sampai satu masa tu aku hantar kek kawasan bukit, kek aku sampai event place dah senget. Terpaksa aku betulkan on site. Tak teruk sangat tapi memang aku down seminggu.

“Overall kek ok je. tapi aku bersalah aku cakap next time nak kek bagitau aku belanja. Customer pun faham+happy,” ceritanya memberi komen penyelesaian terhadap kisah runner Lalamove dimaki peniaga kek itu.

Pernah Kek Rosak Ketika Penghantaran, Cuba Cara Jalan Penyelesaian

 

Tambahnya, dengan kejadian itu, pada tahun 2019, dia telah menyuruh kawannya yang bekerja sebagai tukang kayu mencipta satu cake board bagi menyelesaikan masalah kek hancur ketika proses penghantaran.

“So back in 2019 aku approach kawan aku, tukang kayu dekat flatpak buatkan aku custom cake board. Issue dia kalau delivery ni cake senang slide sebab inertia. So aku imagine cake board tu kena berat so tak senang gerak, dan kek kena attach sekali dengan cake board supaya tak slide.

“So aku dengan Glo decide buat kek board yang berat dan mampu untuk elakkan kek slide & tumbang. Ni few discussion kitorang. bincang sampai jadi.

“Ini hasil kek yang aku buat dengan cake board Flatpak. So far kek aku dah sampai JB, Melaka, Seremban, Genting Highlands, Bukit Tinggi dan lain-lain tempat dengan selamatnya Alhamdulillah,” ceritanya panjang lebar.

Cipta Cake Board Untuk Elak Kek Rosak, Netizen Bangga

Melalui kisah runner Lalamove dimaki peniaga ini, timbul satu pandangan yang lain dari yang lain. Ketika masalah diperbincangkan, ada solusi yang diangkat. Akhir sekali, jadilah manusia yang empati dan tahu bersimpati.

Semoga semuanya maju jaya dan dipermudahkan Tuhan sentiasa.

Sumber: Zhrshd91

Baca juga: Peniaga Dimarah Pelanggan Minta Layan Diri Bungkus Makanan Tak Habis, Ramai Cakap Tak Patut..

tags: | |