Perjalanan hidup setiap orang tidak sama. Ada yang terlahir kaya dan ada yang sebaliknya. Kerana itulah Tuhan menyuruh hambanya untuk sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Misalnya, saling menolong antara yang senang dan juga yang susah.
Dalam hidup ini, pelbagai pahit manis akan dihadapi seseorang. Hal itu akan menguatkan diri untuk melalui hidup yang keras. Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang rider GrabFood di TikTok, ceritanya mendapat perhatian ramai kerana keikhlasannya.
Dia menceritakan bagaimana hatinya remuk melihat pengisar (blender) yang dimiliki oleh ibunya rosak. Blender tersebut amat berharga buat ibunya kerana blender itulah yang digunakan ibunya untuk menjual jus buah di gerai bagi memperoleh rezeki.
Jadi, dia mengambil keputusan untuk menjalankan kerja GrabFood bagi mengumpul duit untuk membeli blender baharu. Dia berhasrat hal itu akan meringankan beban ibunya selama ini.
“Pagi-pagi melihat blender mama rosak. Mama perlu blender untuk niaga jus buah. Niat saya Grab hari ini buat beli blender mama. Hari ini ialah tips paling besar selama saya menjalankan Grab.
“Terkejut dapat tips 80 ribu rupiah begini. Kalau rezeki tidak ke mana-mana, berkat doa mama,” ceritanya dalam kisah rider beli blender mama itu.
Dalam video yang sama, dia yang merupakan rider GrabFood di Indonesia juga berkongsi bagaimana kehidupannya berjimat sebagai seorang rider GrabFood yang banyak tanggungjawab lainnya. Penjimatan dari segi belanja makanan sememangnya dijaga dan diutama.
“Tips saya berhemat di jalan. Sekali makan maksimum 15 ribu rupiah. Alhamdulillah target saya tercapai hari ini. Lanjut beli blender buat mama. Siap tulis surat cinta juga,” ceritanya lagi.
Selepas mendapat target yang diperoleh, dia membeli blender buat mamanya dan hal yang tidak disangka berlalu. Dia tidak menyangka bahawa mamanya akan memberi reaksi yang sebegitu rupa. Mamanya menangis dan memeluknya serta mendoakan kesejahteraannya dalam bekerja.
Melihat ruangan komen netizen, ramai yang turut menangis kerana tersentuh hati melihat video yang dikongsikan tersebut. Video kisah rider GrabFood beli blender mama berkenaan mendapat perhatian ramai kerana banyak pengajaran yang diperoleh selepas menontonnya.
“Bahagian video yang mamanya baca surat, jadi ingin cepat lulus kuliah langsung kerja,” kata seorang netizen.
“Saya bangga dengan abang. Terus maju jaya,” tulis netizen lain bernama Yunus.
“Niatnya bagus sangat. Semoga rezekinya lancar. Semangat,” komen Suparno.
Melalui perkongsian rider GrabFood beli blender mama ini, kita dapat mengambil iktibar bahawa segala usaha pasti akan membuahkan hasil yang manis. Tuhan sudah mengaturkan perihal rezeki dan semua hal baik-baik sahaja pada waktu yang tepat. Berjuanglah! Akan ada sinar di hadapan.
Sumber: ikkyalp
Baca juga: Peniaga Dimarah Pelanggan Minta Layan Diri Bungkus Makanan Tak Habis, Ramai Cakap Tak Patut..