Dalam bekerja dan mencari rezeki, pelbagai dugaan dan pahit manis akan ditempuh oleh seseorang. Ada hal-hal buruk yang tak terduga berlaku di jalan raya sememangnya adalah perkara yang kita semua minta jauh.
Misalnya, bekerja sebagai rider atau penghantar makanan, ia adalah antara pekerjaan yang mempunyai banyak risiko bahaya dari segi keselamatan. Ini kerana, hampir separuh masa kerja sememangnya dihabiskan di atas jalan raya.
Tetapi, demi mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup, tiada banyak pilihan yang dapat diraih. Kita hanya usaha, dan Tuhan akan menentukan segalanya.
Bercakap soal rider, misalnya seperti kisah yang pernah dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok, dia terkejut apabila melihat kelibat rider di dalam longkang ketika dia dalam perjalanan menuju ke sebuah destinasi.
Rupa-rupanya, dalam keluar mencari rezeki, rider berkenaan dilanggar lari dan terbabas hingga masuk ke dalam longkang bersama motosikalnya.
“Mula-mula tak perasan pun ada orang jatuh dalam longkang. Husband nampak, kenapa ada orang dalam longkang tu sayang. Dia ingat ada orang jala ikan. Pergi dekat baru nampak kepala motor.
“Ya Allah memang tak ada siapa pun tolong dia. Kesian dia terkapai-kapai nak naik ke atas. Semoga abang Foodpanda diberikan rezeki yang luas, seluas langitMu ya Allah,” luahnya dalam perkongsian video terkejut lihat rider Foodpanda dalam longkang itu.
https://www.tiktok.com/@prettyayue/video/7026487314452892955?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@prettyayue Bukan senang utk mencari rezeki. Langgar lari. #foodpanda #riderfoodpanda #riderfoodpandamelaka #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Jenslye (vinslye) – jenslye lucy fantica
Melihat ruangan komen, ramai netizen berkata kecaknaan masyarakat terhadap hal sekeliling boleh mendamaikan dunia yang sedak berkeceramuk sekarang. Misalnya, seperti insan yang membantu abang Foodpanda ini.
“Saya mewakili rider Foodpanda seluruh dunia mengucapkan jutaan terima kasih untuk abang sekeluarga yang membantu. Semoga urusan abang dipermudahkan,” kata abang Chef mendoakan insan baik yang membantu.
“Kesian tengok dorang kenakejar masa takut customer marah lambat. Saya kalau order lambat pun saya tak marah, Sebab faham kerja dorang ni ibaratkan bahaya nyawa sendiri,” kata netizen bernama Raihan memberi pendapat berkenaan kisah rider Foodpanda dalam longkang tersebut.
Semoga selamat semuanya bagi pejuang masa hadapan yang sedang berjuang untuk keadaan yang lebih baik. Mari saling tolong-menolong untuk bersama mencapai kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat dan bernegara tanpa mengira kaum dan agama. Tuhan permudahkan.
Sumber: Ayue Liena