Boleh dikatakan, kebanyakan orang ramai pada zaman sekarang sememangnya menggunakan khidmat memesan makanan atas talian kerana faktor kesuntukan masa misalnya. Dan tidak dinafikan, banyak kes yang dikongsikan di media sosial berkenaan ketidakpuasan pelanggan menerima makanan yang dipesan atas talian tersebut.
Memandangkan harganya sedikit mahal berbanding pembelian terus di kedai makan, pelanggan berharap harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti dan rasa makanan yang dipesan.
Seperti satu kisah yang tular minggu ini, ia berkenaan pelanggan mengadu nasi goreng pattaya yang dibeli di sebuah kedai makan menerusi pembelian atas talian begitu mengecewakannya jika dibandingkan dengan harga yang dibayar.
“Kita order nasi goreng pattaya harga RM13 (termasuk caj penghantaran), tengoklah dapat nasi macam mana. Macam (untuk) orang yang ada penyakit,” luahnya di dalam video pelanggan mengadu nasi goreng pattaya tak sedap berkenaan.
Menurut video berkenaan, nasi goreng pattaya tersebut tidak seperti nasi goreng pattaya yang biasa didapati di kedai makan lain kerana nasinya sedikit kosong dan warnanya pucat.
— alepaan v_v (@lockscroll1) September 23, 2022
Peka dengan kritikan tersebut, pemilik kedai berkenaan kemudiannya tampil membuat satu video balas. Menurutnya gadis itu sepatutnya merakam sebaik dia menerima makanan berkenaan dan bukannya berkongsi keadaaan juadah yang sudah tinggal separuh.
Menurutnya, dia berasa kesal dengan kejadian itu dan menjelaskan bahawa nasi goreng pattaya memang disediakan macam tu.
“Untuk menu pattaya memang macam tu kak…”, kata peniaga berkenaan. Dia juga berpendapat hal itu boleh diberitahu terus kepadanya tanpa perlu menyiarkannya ke dalam laman TikTok.
@ridzuan_abdunloh13 #stitch with @Zirah Rc
@ridzuan_abdunloh13 #stitch with @Zirah Rc ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275
Walaubagaimanapun, penjelasannya kurang disenangi oleh netizen menyebabkan dia terus dikecam seolah-olah tidak dapat menerima kritikan tersebut. Oleh kerana itu, dia kemudianya membuat satu laporan polis. Jelasnya isu ini telah menganggu, mengancam dan turut merosakkan reputasi kedai makannya.
“Saya sudah pun membuat laporan polis. Saya tak pastilah sama ada dia tahu atau tidak tahu, ataupun buat-buat tak tahu bahawa perkara ini telah menganggu, mengancam, dan merosakkan reputasi kedai saya.
“Saya masih lagi tak terima maklum balas daripadanya. Jika hal ini berterusan, saya akan proceed ke next step lah. Terima kasih.” jelasnya di video laporan polis tersebut.
@ridzuan_abdunloh13 Replying to @Aierilzam Mansor semoga kita semua dapat membuat keputusan yang betul sebelum terjadi apa2
@ridzuan_abdunloh13 Replying to @Aierilzam Mansor ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275
Enggan memanjankan isu tersbeut, pelanggan tersebut akhirnya membuat satu kenyataan maaf kepada peniaga terbabit di TikTok dan sudah memadam video aduan nasi goreng tersebut serta berdamai secara baik.
@eskayvie.com Replying to @Ridzuan Abdullah275
@zirahrc Replying to @Ridzuan Abdullah275 ♬ original sound – Zirah Rc
Bagaiamanpun, melalui isu pelanggan mengadu nasi goreng pattaya ini, netizen berharap hal ini dapat diselesaikan dengan lebih berhemah pada masa akan datang kepada kedua-dua pihak tanpa memperbesarkan isu yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik.