Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cari Kehidupan Lebih Tenang, Wanita Ini Bahagia Ambil Keputusan Berhenti Kerja Korporat & Niaga Kopi Tepi Jalan

Cari Kehidupan Lebih Tenang, Wanita Ini Bahagia Ambil Keputusan Berhenti Kerja Korporat & Niaga Kopi Tepi Jalan

Kategori:
niaga kopi tepi jalan

Dalam kehidupan yang serba sibuk sibuk mengejar sesuatu sekarang, keseimbangan mental yang sihat dengan pengurusan masa harus dititikberatkan. Sibuk bekerja sehingga mengabaikan kebahagiaan lain mampu menjerumus kepada kehidupan dengan tekanan emosi yang tidak stabil.

Cari Kehidupan Lebih Tenang, Wanita Ini Bahagia Ambil Keputusan Berhenti Kerja Korporat & Niaga Kopi Tepi Jalan

niaga kopi tepi jalan

Seperti yang dilaporkan mStar, seorang wanita cekal bernama Nora Halid berusia 32 tahun meninggalkan dunia korporat di syarikat besar dan mengambil keputusan yang besar dalam hidupnya. Dia memilih untuk berhenti kerja setelah empat tahun bekerja di syarikat berkenaan demi mementingkan kesihatan mental dan fizikalnya.

Selepas perletakan jawatan itu, dia mengambil keputusan untuk mengubah cara hidupnya dan bekerja sebagai penjual kopi jalanan. Pada saat itulah, titik kehidupannya berubah serta merta.

“Saya letak jawatan pada Ogos lalu. Sebab utama saya berhenti kerja sebab burnout (letih mental, fizikal dan emosi) dan mental breakdown. Bunyi macam mengarut tapi itulah realitnya.

“Pada mulanya saya cuba bertahan tapi agak sukar untuk saya teruskan sebab saya banyak masalah dalam dengan pengurusan dekat tempat kerja.

“Jadi saya memilih untuk angkat kaki sebab dah tak boleh berdepan dengan tugas dan persekitaran tempat kerja. Untuk jaga kesihatan mental sendiri dan fikirkan anak-anak, saya tinggalkan syarikat,” ujarnya yang senang disapa Oya.

@byoyayaya Last day yang menyedihkan🥲 #resign #lastdayofwork #toxicmanagment #mentalhealthmatters ♬ suara asli – musichits – justme

Berhenti Demi Kesihatan Mental & Fikirkan Keluarga

niaga kopi tepi jalan

Bercerita lanjut kepada mStar, Oya mengakui bahawa berhenti kerja dalam keadaan kegawatan ekonomi bukanlah satu keputusann yang bijak.

Bagaimanapun, dia nekad memilih untuk mencari ketenangan jiwa berbanding kerjaya stabil kerana sudah tiidak gembira dan tidak nampak masa depanna di tempat kerja.

Malah, menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, apabila bekerja setiap staf memerlukan pengiktirafan daripada pihak atasa seperti memberikan ganjaran supaya pekerja lebih bermotivasi.

Selepas tidak terikat dengan majikan, Oya kini memulakan kerjaya baharunya dengan berniaga kopi jalanan dan nasi lemak di kawasan perumahan Bangsar South, Kuala Lumpur.

“Sekarang saya fokus berniaga kopi dan nasi lemak. Waktu operasi saya piilih malam dan lokasinya berdekatan dengan kawasan pejabat dan perumahan.

“Antara sebab saya pilih untuk menjual sebelah malam sebab faham ramai orang ofis yang balik kerja malam dan lapar nak cari makan. Macam saya kerja dulu siang memang tak sempat nak makan jadi waktu malam balik kerja penat baru nak cari makanan,” jelas Oya.

Pilih Berniaga Kopi & Nasi Lemak Tepi Jalan Pada Waktu Malam

niaga kopi tepi jalan

Mengakui bahawa kerjayanya terdahulu berbeza dengan apa yang dilakukan, Oya mengakui bahawa kehidupannya lebih bahagia dan nyaman. Tambahnya, pandangan masyarakat juga berbeza ketika dia berniaga tepi jalan jika dibandingkan dengan kerjaya sebelum ini.

Namun ia tidak menjadi masalah buat dirinya kerana suami dan keluarga turut menyokongnya dari belakang.

“Dunia korporat dan berniaga tepi jalan ni memang bagaikan dua dunia berbeza. Bagi saya, dunia korporat ni bahagia dekat luar tapi sakit dekat dalam sedangkan berniaga macam ni nampak sakit dari segi luaran tapi sebenarnya sangat bahagia kat dalam hati,” ujarnya lagi.

Dia juga turut menitipkan pesanan buat para pejuang di luar sana agar tahu batas dan kapasiti kita sebagai seorang manusia biasa jika bercakap mengenai kerja.

Sentiasa Percaya Rezeki Tuhan

“Tujuan asal buat video bukan untuk suruh orang berhenti kerja. Tapi nasihat saya untuk orang yang menghadapi situuasi sama macam saya, know your limit. Jaga kesihatan mental dan jangan takut nak move on. Sentiasa percaya pada rezeki Allah.

Kalau dah tak boleh tahan dengan kerja, rancanglah jalan keluar dari dunia kerjaya sekarang dengan baik,” ujarnya menutup kisah.

Sumber: mStar

Baca juga: Rider Foodpanda Meninggal Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Bongkar Kebaikannya Sehari Sebelum Kejadian. Ramai Terkejut..

tags: | |