Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Pemanis Mulut Sedap Dengan Rasa Berlemak, Ini Cara Buat Bubur Jagung Aiskrim Kesukaan Ramai

Resipi Pemanis Mulut Sedap Dengan Rasa Berlemak, Ini Cara Buat Bubur Jagung Aiskrim Kesukaan Ramai

Kategori: ,
bubur jagung aiskrim

Siapa peminat jagung dekat sini? Tak kiralah buah jagung ke, aiskrim jagung ke, kerana perkongsian ini sememangnya untuk korang tau. Untuk kali ini, kami ingin berkongsi resepi bubur jagung aiskrim daripada Kyra Amira menerui laman TikToknya.

Tengok pun dah tahu rasanya mesti berlemak dan sedap di tekak. Bagi yang belum cuba, jom cuba sama-sama. Resepi bubur jagung aiskrim ini ringkas sahaja dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di kedai runcit berdekatan.

Resepi Pemanis Mulut Sedap Dengan Rasa Berlemak, Ini Cara Buat Bubur Jagung Aiskrim Kesukaan Ramai

Bahan-Bahan:

  • isi jagung
  • air secukupnya
  • daun pandan
  • santan
  • gula dan sedikit garam
  • sagu yang telah direndam
  • ais krim jagung / vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Asingkan jagung. Kalau beli jagung dalam tin pun boleh untuk senangkan proses membuat.
  2. Masukkan isi jagung tadi ke dalam kuali dan letak sedikit air untuk merebus jagung tersebut.
  3. Letakkan daun pandan yang diikat.
  4. Selepas itu, campurkan santan dengan kuantiti yang secukupnya.
  5. Letakkan gula dan sedikit garam sebagai perasa dan penyedap.
  6. Campuurkan sagu yang telah direndam tadi.
  7. Kacau-kacau dan apabila kuah dah pekat, boleh tutup api tadi dan hidang.
  8. Sebelum pindahkan bubur ke mangkuk lain, letak dahulu aiskrim tadi dan barulah curah bubur ke atasnya.
  9. Kacau-kacau dan sedia untuk dimakan!

bubur jagung aiskrim bubur jagung aiskrim

@kyraamiraa

Reply to @yayonnn00_ harini abg labu tunjuk tgn montok je ea #MYFoodie #foodreview #fyp #mekmiramasak

♬ Aca Aca Nehi Nehi – Ugik Panjaitan

@kyraamiraa Reply to @yayonnn00_ harini abg labu tunjuk tgn montok je ea #MYFoodie #foodreview #fyp #mekmiramasak ♬ Aca Aca Nehi Nehi – Prince Ugik

Memang padanan bubur dan aiskrim yang menjadikan bubur jagung aiskrim ini sedap dan pasti korang akan repeat buat. Bagi yang belum mencubanya, trylah! Senang dan ringkas sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Kyra Amira

Baca juga: Resepi Donut Ayam Lain Dari Yang Lain, Biasa Makan Kuih Donut Je Kan? Hidangan Yang Wajib Dicuba!

tags: | |