Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Eropah Ini Jelajah Dunia Untuk Cuba Semua Francais KFC, Akui KFC Malaysia Paling Sedap

Lelaki Eropah Ini Jelajah Dunia Untuk Cuba Semua Francais KFC, Akui KFC Malaysia Paling Sedap

Kategori:
KFC Malaysia paling sedap

Umum mengetahui, dari dahulu lagi restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) menyajikan hidangan ayam yang lazat buat penggemar ayam khususnya. Jika dahulu, KFC adalah antara tempat yang menjadi kenangan jika ibu bapa kita membawa kita ke sana.

Seakan ada satu perasaan teruja jika berkunjung ke KFC di waktu kecil. Meraikan sambutan hari jadi ataupun ayah membawa kita ke sana untuk menghadiahkan kita kerana sesuatu misalnya. Ia amat menyenangkan.

Lelaki Eropah Ini Jelajah Dunia Untuk Cuba Semua Francais KFC, Akui KFC Malaysia Paling Sedap!

KFC Malaysia paling sedap

Bercakap mengenai KFC, menurut Daily Mail, seorang lelaki di United Kinggdom (UK) mungkin dikenali sebagai peminat tegar KFC yang terbesar di dunia dan menyatakab bahawa KFC Malaysia paling sedap dicuba setakat ini.

Ia selepas rangkaian makanan segera itu menawarkan hidangan ayam percuma selama setahun kerana dia mengunjungi restoran tersebut lebih 50 negara berlainan.

KFC Malaysia paling sedap

Lapor Daily Mail, Kamlesh Mistry, 37 dari Watford mengakui dia mula ‘jatuh cinta’ dengan ayam goreng KFC ketika berusia 12 tahun lagi.

Sejak itu, Kamlesh mengembara ke seluruh pelosok dunia untuk mengetahui restoran KFC yang menyajikan hidangan terbaik.

Kamlesh yang bekerja sebagai pengarah teknikal sudah mencuba ayam goreng terkenal dunia itu di lebih 50 negara. Ia termasuklah di Reykjavik di Iceland, Tallinn di Estonia dan Minsk di Belarus.

Semua usaha itu membuahkan hasil apabila Kamlesh dinamakan sebagai KFC Super Fan yang pertama di dunia pada 2020 dan diberikan hidangan ayam percuma selama setahun.

Dinobat KFC Super Fan, Dapat KFC Percuma Selama Setahun

KFC Malaysia paling sedap

“Setiap kali melancong bersama rakan dan keluarga saya sentiasa menjamu selera di  KFC negara lain. Saya membandingkan hidangannya dengan menu di UK.

“Begitulah saya sempat makan di restoran KFC di lebih 50 negara berlainan yang membantu saya memenangi pertandingan bagi KFC Super Fan pada tahun itu.

“Saya berasa amat gembira dengan gelaran KFC Super Fan. Ini kerana ia merupakan peluang hebat apabila bertemu dengan individu baharu di tempat kerja,” katanya.

Sementara itu, Kamlesh mengakui bahawa restoran KFC di Malaysia menawarkan hidangan yang terbaik.

KFC Malaysia paling sedap

“Restoran KFC di Kuala Lumpur sememangnya mempunyai menu yang paling menarik. Saya suka makanan pedas dan restoran KFC di negara itu menawarkan banyak pilihan hidangan demikian.

“Reykjavik pula adalah restoran KFC paling pelik yang pernah dikunjungi. Malah, saya terkejut apabila melihatnya di sana,” katanya menceritakan bahawa KFC Malaysia paling sedap.

Restoran KFC Malaysia Paling Sedap, Hidang Hidangan Lazat

KFC Malaysia paling sedap

Selepas memenangi pertandingan itu, Kamlesh menerima bekalan hidangan ayam selama setahun dalam bentuk baucar elektronik yang bernilai 400 pound (RM1,987) serta baju, pelitup muka dan t-shirt KFC.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca juga: Air Mineral Spritzer Perkenal Botol Wajah Baru & Lebih Mesra Alam, Terima Pelbagai Pendapat Dari Pengguna

tags: | |