Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Crab Stick Rangup Kriuk-Kriuk, Sekali Masuk Dalam Mulut Memang Cair & Sedap!

Resepi Crab Stick Rangup Kriuk-Kriuk, Sekali Masuk Dalam Mulut Memang Cair & Sedap!

Kategori: ,
resepi crab stick

Kalau petang-petang tu, mesti terasa nak buat makanan simple untuk minum petang kan? Tapi kadang-kadang, tak tahu nak masak dan hidangkan hidangan apa sebab terlalu banyak resepi dekat internet yang begitu menyelerakan.

Dengan itu, kalau korang nak resepi simple, antara yang kami kongsikan adalah resepi crab stick rangup kriuk-kriuk ni tau. Bukan sahaja senang bila nak masak, tapi amat sedap dengan kerangupan dan isi ketam yang cair di dalam mulut.

Salutan tepung ni simple je! Boleh ikut perkongsian resepi crab stick di bawah ya.

Resepi Crab Stick Rangup Kriuk-Kriuk, Sekali Masuk Dalam Mulut Memang Cair & Sedap!

Bahan-Bahan:

  • crab stick
  • telur
  • garam
  • lada sulah
  • tepung bestari atau bread crumb

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan telur, gaulkan tepung rangup bersama. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Masukkan sedikit garam dan lada sulah.
  3. Siapa nak letak sayur sikit tambah brokoli yang dicincang.
  4. Menyadur dan menggoreng, warna kuning rangup yang cantik, selesai.
  5. Akhir sekali, boleh tabur oregano. Biar bertambah wangi dan sedap.

resepi crab stick resepi crab stick resepi crab stick

Dah siap hidangan crab stick tepung kita ni. Amat crunchy dan menyelerakan. Bagi sesiapa yang belum mencubanya, buatlah nanti di rumah. Kalau adik-adik dekat asrama yang dibenarkan bawa periuk tu pun boleh buat ya.

Tengok warna pun dah tahu ni benda baik punyaaa! Semoga bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba dan menikmati!

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Cabai Tumbuk Dengan Isi Ikan, Menggamit Memori Masakan Dulu

tags: | |