Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Putri Salju

Indonesian Cuisine: Resepi Kuih Putri Salju

Kategori: ,,

Hari ini saya ingin kongsikan resepi biskut yang paling mudah sekali tapi sedap iaitu biskut puteri salju. Biskut hanya ditaburi gula halus dan tidak perlu menggunakan bahan yang banyak. Walaupun sebegitu ia tetap sedap dimakan.

Berikut merupakan resepi kuih putri salju yang enak dan mudah disediakan.

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 sdm gula halus
  • 400 gr tepung terigu
  • 250 gr mentega
  • 1 kuning telur
  • sejemput garam
  • Gula halus utk balutan secukupnya

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Putar mentega, gula, garam dan selama dua minit
  2. Masukan tepung sambil diayak
  3. Kacau rata menjadi satu adunan, lepas itu tekup menjadi bentuk biskut
  4. Susun di dalam loyang dan sedia untuk dibakar di dalam ketuhar
  5. Bakar pada suhu 150’c dalam masa 25minit
  6. Setelah 25-30 minit angkat biskut dan rehatkan seketika
  7. Ketika biskut dalam keadaan hangat sapu dengan gula halus
  8. Simpan di dalam bekas tertutup dan sedia untuk di hidangkan

Selamat mencuba. Tonton video ini untuk langkah demi langkah penyediaan kuih putri salju tersebut.

https://youtu.be/Y2tRM_AoOEA

Kredit resepi: Bunda Cinta

tags: | | |