Minggu lepas, Malaysia digemparkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan lima kenderaan berlaku di persimpangan lampu isyarat, Jalan Meru/Jalan Haji Sirat, Batu Belah, Klang, Selangor pada Jumaat.
Dalam kejadian tersebut, seorang penghantar makanan meninggal dunia manakala seorang lagi penunggang motosikal cedera parah. Hal itu berpunca daripada pergeseran dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail sebelum merempuh sebuah Proton Wira dan dua motosikal.
Selepas kejadian tersebut, Founder Misi telah melancarkan satu sistem sumbangan khusus untuk mangsa-mangsa kemalangan tak kira rider apa sekali pun.
“Terdektik di hati saya untuk wujudkan satu sistem sumbangan transparent khusus untuk mangsa-mangsa kemalangan tak kira rider apa sekali pun. Sebab sebagai seorang rider, mereka berjuang untuk keluarga di rumah.
“Setiap sen kutipan akan disumbangkan terus ke akaun keluarga mangsa,” katannya dalam hantaran yang dimuatnaik di Facebook itu.
Oleh hal yang demikian, isteri dan keluarga penghantar makanan yang maut serta seorang lagi mangsa yang cedera parah dalam kemalangan di Klang baru-baru ini menerima wang sumbangan RM204,322 daripada rakyat Malaysia yang pemurah.
Bagai rakyat bantu rakyat, menurut pengendali TikTok Founder Misi, Nor Ahmad Faiz Mohd Adli, 31, berkata tabung itu dibuka jam 10 malam pada Jumaat bagi meringankan beban keluarga kedua-dua mangsa.
“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa,” titipnya.
Sumbangan berjumlah RM204,322 yang diterima daripada 13,299 individu telah dibahagi sama rata kepada dua bahagian. Ia menjadikan jumlah sumbangan untuk kedua-dua mangsa ialah sebanyak RM102,161.
@foundermisiLink sumbangan ada di bio saya♬ suara asli – putriariani
“Jumlah tersebut kemudian dipecahkan kepada isteri dan ibu mangsa yang meninggal dunia.
“Bagi mangsa yang cedera parah, saya berikan 80 peratus kepada isterinya iaitu berjumlah RM80,728.80 manakala ibu mangsa menerimaa 20 peratus iaitu RM20,432.20.
“Kepada keluarga mangsa meninggal dunia, saya berikan RM51,080.50, ibu arwah pula RM51,080.50,” katanya.
Difahamkan, isteri kepada mangsa yang cedera parah sedang sarat hamil. Menerusi video yang dikongsikan, segala pengumpulan dan penyerahan dilakukan dengan telus.
Melalui video sumbangan berkenaan, rakyat malaysia bagaikan bersatu hati dengan tidak mengira latar belakang sesiapa sahaja. Apa yang mereka tahu, mereka bersama-sama menolong rakyat yang ditimpa kesusahan.
“Baik orang Malaysia, semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki selalu, Amin,” kata seorang netizen.
“Pahala buat kamu semua. Baik sangat-sangat orang Malaysia,” kata netizen lain bernama Nezaljaa mengatakan rakyat bantu rakyat memang suatu benda yang nyata.
“Aku sebagai hamba Tuhan yang daif lagi hina, mendoakan pemberi dilancarkan rezekinya sampai akhirat. Amin, amin,amin,” kata netizen bernama Azliebok Syah.
@foundermisiRakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa♬ original sound – Founder Misi Delivery
Melalui kisah rakyat bantu rakyat ini, kita tahu bahawa rakyat akan selalu ada dengan rakyat dalam menghadapi masalah atau bencana. Semoga ikatan ini akan terus kuat kerana entah apa lagi perkara yang akan datang pada esok hari. Sentiasa berjiwa empati, dan ada di antara satu sama lain. Hidup rakyat!
Sumber: FounderMisi
Baca juga: Blogger ‘Mat Salleh Cari Makan’ Hilang Ketika Bercuti Di Kuala Tahan, Kini Ditemui Dengan Selamat