Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mungkin Terlupa..”, Pelanggan Siap Makan Terus Balik Tanpa Bayar, Peniaga Restoran Halalkan Jika..

“Mungkin Terlupa..”, Pelanggan Siap Makan Terus Balik Tanpa Bayar, Peniaga Restoran Halalkan Jika..

Kategori:
peniaga restoran halalkan

Jika berkunjung ke sesetengah restoran, ada restoran yang menjalankan sistem makan dahulu dan bayar kemudian di kaunter setelah selesai makan. Misalnya, restoran My Mom’s Chicken Rice memilih sistem sedemikian untuk operasi restorannya.

Oleh hal demikian, terdapat kes pelanggan yang tidak membayar makanan mereka dan terus pulang ke rumah. Ia berlaku di restoran My Mom’s Chicken Rice semalam apabila pelanggan yang dilihat daripada satu keluarga tidak membayar makanan mereka dan terus balik.

“Mungkin Terlupa..”, Pelanggan Siap Makan Terus Balik Tanpa Bayar, Peniaga Restoran Halalkan Jika..

peniaga restoran halalkan

Apa yang menjadi perhatian, peniaga restoran tersebut yang juga seorang artis terkenal Malaysia, Linda Onn menghalalkan makanan berkenaan jika pelanggan benar-benar terlupa untuk bayar.

“Tengah ramai customer tadi. Memang tak perasan kalau ada yang makan dan terus balik. Kami bersangka baik. Mungkin bukan niat, mungkin terlupa, mungkin disangka dah bayar. Jika kemungkinan itu, kami halalkan. Restoran My Mom’s Chicken Rice, cawangan Lotus’s Ampang,” katanya pada keterangan video peniaga restoran halalkan.

Disebabkan itu, ramai yang memuji keikhlasan peniaga terbabit kerana bersangka baik dan tidak mudah marah. Selain itu, ada juga yang mencadangkan untuk restoran menukar  sistem order and pay di kaunter untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kerana hal ini kerap juga berlaku di restoran-restoran lain.

Jika Kemungkinan Terlupa, Kami Halalkan

peniaga restoran halalkan

“Kak, rasa dan boleh tukar sistem jadi order and pay dekat kaunter. Nanti order siap baru pelayan hantar ke meja. Banyak kedai makan dah buat macam tu sekarang,” kata netizen bernama Izz.

Cadangan Tukar Sistem Order & Pay Di Kaunter

peniaga restoran halalkan

https://www.tiktok.com/@lindaonn/video/7149429619848924442?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@lindaonnTengah ramai customer tadi. Memang tak perasan kalau ada yang makan dan terus balik. Kami bersangka baik. Mungkin bukan niat, mungkin terlupa, mungkin disangka dah bayar. Jika kemungkinan itu, kami halalkan. Restoran My Mom’s Chicken Rice, cawangan Lotus’s Ampang.♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Meninjau komen netizen lain, ada juga yang berkongsi bahawa mereka juga pernah mengalami situasi terlupa bayar makanan di restoran sebegini.

“Saya pernah makan tak bayar, saya ingatkan suami bayarkan. Suami saya ingat saya dah bayar. Patah balik pergi bayar. Bukan apa dah jadi darah kot,” kata netizen bernama Iera.

“Saya pernah makan dengan family terus nak kereta. Lupa belum bayar. Turun balik pergi bayarr. Owner kedai makan pun terkejut kami terus balik je,” kata Ummi.

“Saya pernah lupa bayar, sampai rumah saya pergi balik tempat tu dan bayar. Minta maaf banyak kali, tak sengaja,” kongsinya dalam hantaran peniaga restoran halakan pelanggan itu.

Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Dalam isu peniaga restoran halalkan pelanggan terlupa bayar ini, kita dapat diingatkan untuk sentiasa cakna dengan hal ini. Mungkin ada yang terlupa dan teruslah ke restoran untuk membayar kembali.

Harus cakna dengan hal ini kerana mungkin juga kita ingatkan ahli yang lain sudah bayar dan berlaku salah faham komunikasi di situ. Apa-apa pun, semoga semuanya baik-baik sahaja dan dipermudahkan urusan.

Sumber: Linda Onn

Baca juga: “Sekarang Musim Hujan..”, Dugaan Peniaga Jalanan Berniaga Makin Sukar, Perlukan Sokongan Semua

tags: | |