Dalam berniaga, pelbagai dugaan harus dihadapi peniaga. Bagaikan roda berputar, terkadang kita berada di atas, dan terkadang berada di bawah. Maka dengan itu, kita haruslah mempersiapkan fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang ujian yang tidak disangka.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh peniaga nasi arab Sweet Habibi, dia menceritakan bagaimana satu kejadian yang tidak pernah disangka terjadi kepada perniagaannya. Tetapi dengan hati terbuka, dia menerima apa adanya. Menurutnya, mungkin Tuhan sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik.
“Hari ini bukan rezeki kami. 4 tahun berniaga dari rumah ini pertama kali nasi arab kami basi. Masa setup khemah, nasi elok cantik macam biasa. Lepas sejam terus berlendir melekit dan berbau.
“Setiap hari kami masak fresh. Warmer pun baru beli bulan 4 haritu. Sedih sangat mengenangkan kami bangun awal pagi nak buat persiapan memasak. Nasi Arab bukan murah kan?”, luahnya dalam video 4 tahun berniaga, kali pertama nasi arab basi.
Menerusi video itu juga, dia menyatakan bahawa dia mengalami kerugian sebanya berkilogram beras dan menerima takdir bahawa ada rezeki lain yang akan datang.
“Takpalah, hilang 3 kilo beras. Mungkin ada rezeki lain Allah nak bagi. Doakan ya,” jelasnya lagi.
https://www.tiktok.com/@sweet_habibi/video/7146607224478125339?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7125260166590121473
@sweet_habibi Jangan sedih, Allah ada. ❤ #fyp #ujiankecil #kuat ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah
Melihat kepada ruangan komen, ramai yang memberi semangat kepada peniaga nasi arab terbabit. Kata mereka, ujian datang untuk menguatkan bukan untuk melemahkan. Mungkin akan dapat dipelajari sesuatu darinya.
“Bersangka baik lah dengan rezeki Allah. In shaa Allah gantikan dengan lebih baik. Ingat, jangan sesekali bersangka buruk. Nasihat untuk diri saya sendiri,” kata netizen bernama Safie.
“Sekali kita jatuh, 10 kali kita akan bangkit,” ujar netizen lain bernama Sam.
“Moga sentiasa murah rezeki sis. Cabaran berniaga Allah nak gantikan dengan yang lebih baik,” kata rata-rata netizen lain.
Melalui kisah 4 tahun berniaga kali pertama nasi arab basi oleh peniaga ini, kita harus bersiap sedia dengan segala ujian yang akan datang. Ia termasuklah perkara yang tidak diduga. Semoga peniaga di luar sana akan terus bertahan dan maju dengan lebih jayanya.
Sumber: Sweet Habibi