Hidup di dalam zaman ketika semua industri sedang giat bersaing, peniaga memerlukan cara kreatif yang tersendiri untuk terus maju ke hadapan dan segera tumbuh dalam persaingan pesat. Jika kita menawarkan sesuatu yang lain dari orang lain, pasti orang akan datang untuk mencari dan merasai sendiri keunikan yang kita tawarkan.
Menurut Hadi Pahmi, seorang brand strategist terkenal di laman TikTok, dunia perniagaan sekarang memerlukan keunikan untuk menaikkan jenama masing-masing. Dari keunikan itulah perniagaan dapat berkembang walau persaingan terlihat banyak.
Oleh itu, wujudlah restoran yang sengaja menghantar makanan lambat serta mencarut dan memaki pelanggan sebagai cara marketing mereka yang tersendiri. Restoran yang dinamakan Karen’s Diner tersebut menyediakan servis paling teruk untuk pelanggan yang berkunjung.
Lokasi mereka terletak di Australia dan United Kingdom. Menurutnya, ada lebih 10 restoran Karen’s Diner yang telah berkembang maju di negara sana.
“Pernah dengar tak kedai makan yang sengaja hantar makanan lambat, mencarut dan maki pelanggan. Ada 1 restoran ni Karen’s Diner, orang memang datang untuk rasa sendiri experience dia.
“Apa dia? Servis ‘The Worst Customer Service Ever’. Bermula di Australia, sekarang sudah masuk di United Kingdom (UK). Ada lebiih 10 buah Karen’s Diner,” katanya dalam penerangan video marketing lain dari lain itu.
Jika mengikut Kamus Urban, istilah Karen menggambarkan perempuan yang cerewet, kurangh ajar dan selalu memperlekehkan orang. Jadi, restoran Karen’s Diner mewujudkan brand personaliti sedemikian rupa untuk menarik pelanggan merasai sendiri pengalaman yang tidak ditawarkan di restoran lain.
“Bila brand lain sibuk nak kata makanan di kedai dia paling sedap. Karen’s Diner postion kan brand dia berbeza supaya stand out dengan menjanjikan experience yang unik.
Selain memaki pelanggan, dia juga menyediakan sesi stand up comedian yang menggunakan pelanggan sebagai bahan jenaka.
“Menu yang dihidangkan kekal dengan pemarannya. Menu seperti ‘I want to see the manager, ‘Karen’s Got Real Beef’,” jelasnya.
Sekarang kalau nak bersaing dari segi kualiti dan harga semata memang susah. Dengan lambakan pesaing, kualiti terbaik dengan harga berpatutan ni memang susah nak bersaing. Macam mana nak buat? Jenama yang terkedepan mula ambil langkah unik pengalaman yang tidak dapat di tempat lain.
Brand experience ni adalah sisi yang sangat penting untuk mantapkan lagi jenama perniagaan. Kalau boleh bagi pengalaman yang unik, jenama kita akan menonjol berbanding pesaing. Customer senang nak pilih jenama korang! Tetapi, harus sesuai dengan budaya di sesuatu tempat dan masyarakat.
@hadipahmi Sekarang kalau nak compete dari kualiti dan harga semata memang susah. Dengan lambakan competitors, the best quality with the best price ni memang susah nak compete. Macam mana nak buat? Brands yang terkedepan mula ambil approach unik experience yang tak dapat di tempat lain. Brand experience ni adalah sisi yang sangat penting untuk mantapkan lagi brand kita. Kalau boleh bagi experience yang unik, brand kita akan stand out berbanding conpetitor. Customer senang nak pilih brand korang! 😊 #bisnestips #bisnesguru #binabrand
@hadipahmi Sekarang kalau nak compete dari kualiti dan harga semata memang susah. Dengan lambakan competitors, the best quality with the best price ni memang susah nak compete. Macam mana nak buat? Brands yang terkedepan mula ambil approach unik experience yang tak dapat di tempat lain. Brand experience ni adalah sisi yang sangat penting untuk mantapkan lagi brand kita. Kalau boleh bagi experience yang unik, brand kita akan stand out berbanding conpetitor. Customer senang nak pilih brand korang! 😊 #bisnestips #bisnesguru #binabrand ♬ Hymn for the Weekend – Coldplay
@ivor_xianz The worst restaurant service ever 🙄🇦🇺 #karensdiner #karensdinersydney #ivorgoing
♬ original sound – Ivor Xian Z ✨ – Ivor trying so u dont hve to
@ivor_xianz The worst restaurant service ever 🙄🇦🇺 #karensdiner #karensdinersydney #ivorgoing ♬ original sound – Ivor Xian Z ✨ – Ivor trying so u dont hve to
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi pendapat masing-masing berkenan Karen’s Diner jika dilakukan konsep sebegini ni Malaysia.
Kalau buat dekat Malaysia, agak-agak macam mana penerimaannya ya?
Sumber: Hadi Pahmi
Baca juga: “4 Tahun Berniaga Kali Pertama Nasi Arab Basi,” Peniaga Sedih Rugi Berkilo Beras, Tak Tahu Apa Punca