Mendoan adalah makanan sejenis gorengan yang berasal dari Jawa Tengah, Indonesia. Perkataan mendoan dianggap berasal dari Bahasa Banyumasan, iaitu mendo yang berarti beerti setengah matang atau lembik.
Kalau biasanya korang makan tempe dengam ayam geprek misalnya, kali ini kita goreng tempe cara mendoan pula. Memang sedap makan dengan sambal kicap. Rasa berlemak daripda tauhu begedil sebab kita menggunakan tempe.
Jadi, jom ikut perkongsian Haha Yahya di laman Facebook ini. Memang sedap nampak tempe mendoan yang ditunjuknya ini.
Wanita Ini Kongsi Tempe Mendoan Rangup Kriuk-Kriuk, Original Resepi Dari Indonesia!
Bahan-Bahan:
- tempe – potong ikut ketebalan yang korang suka
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung Bestari
- daun bawang hirs-hiris
- bawang putih 4 ulas, 4 ulas bawang kecil + 2 inci kunyit – kisar halus
Cara Penyediaan:
- Campur semua bahan di atas, kecuali tempe.
- Aduk rata, letak air sedikit-sedikit mengikut kepekatan yanng anda suka.
- Perasakan dengan garam dan siap untuk celup tempe.
- Goreng hingga tempe kelihatan kekuningan dan matang.
- Siap untuk dihidang.
Dah siap tempe mendoan rangup ni, boleh lah pekena dan cicah dengan sambal kicap Johor. Di sini, min sediakan juga resepi sambal kicao Johor ni ya.
Sambal Kicap Johor
Bahan-Bahan:
- 12 biji cili padi
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji limau kasturi
- kicap secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak masak
Cara Penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak, goreng cili padi dan bawang putih seketika. Angkat dan toskan minyaknya.
- Tumbuk bahan goreng tadi hingga lumat.
- Tuang kicap secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam serta gula. Kacau hingga bahan perasa larut.
- Akhir sekali, perahkan sedikit jus limau kasturi bagi menyedapkan lagi rasa sambal kicap.
- Simpan dalam bekas bertutup yang bersih dan bolehlah dinikmati.
- Selain makkan denngan tempe mendoan rangup ni, sambal ni juka sesuai dinikmati dengan aneka makanan goreng dan bersup mengikut citarasa serta selera masing-masing.
Dah siap tempe mendoan rangup dan sambal kicap kita! Boleh lah try di rumah ya. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Haha Yahya & Hamizah Zakaria
Baca juga: Ini Rahsia Creamy Milk Donut Ala Korea Gebu Gebas, Memang Penuh Krim & Cair Dalam Mulut!