Tembikai merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat tak kiralah tua ataupun muda. Yang menjadi masalahnya, setiap kali kita membeli tembikai kita tak tahu nak pilih tembikai mana yang manis dan sedap. Biasa kita suruh orang yang menjualnya pilihkan untuk kita . Lebih senang dan kita beranggapan peniaga tersebut tahu nak pilih macam mana.
Korang sepatutnya kena tahu cara nak pilih buah tembikai kalau tidak mahu dapat buah tembikai yang kurang manis. Kalau beli sebiji dapat yang tak manis takpelaa . Kalau nak buat kenduri tu, takkan beli banyak tapi dapat semua yang tak manis. Kesian kat korang. Jadi, mari saya kongsikan tips memilih tembikai.
Korang boleh tengok jalur pada badan tembikai tersebut. Kalau jalurnya lurus dan tersusun elok, maka manislah isinya. Sebaliknya pula, jika jalur pada kulit tembikai berserabut maka tak manislah isinya. Senang je kan.
Ni contoh jalur tembikai yang lurus dan cantik
Ni pula contoh jalur yang berserabut
Dekat tapak buah tembikai, korang boleh lihat sama ada tapaknya kecil atau luas. Tapak tembikai
yang kecil biasanya mempunyai isi yang manis. Tapak tembikai yang luas pula dikatakan kurang
manis. Tak susah pun nak tengok perbezaan dia. Memang jelas korang boleh nampak.
Contoh tapak tembikai yang kecil
Tapak tembikai yang luas
Korang boleh membezakan bentuk buah tembikai antara lonjong ataupun bulat. Yang lonjong biasanya
berjus dan yang berbentuk bulat pula biasanya manis. Korang bolehlaa pilih nak yang mana.
Nak yang berjus ataupun yang manis.Yang berjus bukannya tak manis. Cuma jusnya terlebih dan elok
untuk buat air tembikai fresh.
Tembikai yang baru biasanya masih lagi mempunyai tangkai. Kita dapat tengok tangkainya sama ada
curly ataupun straight. Tembikai yang manis mempunyai tangkai yang curly. Yang tak manis mempunyai
tangkai yang straight. Kalau dah takde tangkai korang gunalah tips yang lain. Jangan tak beli pula.
Contoh tangkai yang curly
Contoh tangkai straight
Harap-harap lepas ni korang dah reti macam mana nak pilih buah tembikai yang manis dan sedap. Tak payah lagi nak tanya peniaga ataupun ramai antara kita pilih dengan hanya menepuk atau menjentik kulit buah tembikai. Cara nak pilih buah yang telah dikongsikan tadi lebih senang. Semoga bermanfaat.
Sumber : Aishah Wahab