Berniaga sambil bersedekah sememangnya bukan satu perkara yang bukan semua orang mampu lakukan. Ia adalah tindakan yang memerlukan keikhlasan yang tinggi dan perlu melihat kepada keadaan dan situasi.
Peniaga yang berbuat sedemikian dalam situasi ekonomi terumbang-ambing ini perlu diberikan pujian. Kata orang ramai, peniaga sebegini seperti menyelamatkan ramai nyawa yang sedang terkapai dalam situasi dan keadaan semua orang sedang berusaha untuk berjimat cermat.
Oleh sebab itu, hal ini bukan perkara yang senang dilakukan apatah lagi dengan kudrat yang dicurahkan dalam menampung harga barang yang semakin menaik.
Seperti satu video yang ditunjukkan oleh seorang lelaki yang menceritakan tentang abang rider breakfast RM1 menjual setiap makanan dan minuman jualannya dengan harga tersebut. Rider berkenaan menggunakan motosikal untuk berniaga dan dalam masa yang sama menjaja terus dari atas motor dengan mengikat makanan di bahagian belakang motosikal.
Menurutnya, abang rider jual semua makanan RM1 akan menjaja makanan di sekitar Petaling Jaya berdekatan First Avenue. Selain itu, minuman bungkus juga turut disediakan olehnya. Rider tersebut akan berada di pejabatnya sekitar jam 7.20 pagi pada setiap hari.
“Semua harga makanan dan minuman breakfast RM1. Ramai gila guys, setiap kali pagi 7.20 on time, dia mesti ada dekat sini. Semoga abang ni dimurahkan rezeki. Harini aku beli nasi lemak, ada karipap dengan cekodok dan air. Semuanya RM4,” katanya dalam video berkenaan menceritakan tentang abang rider jual semua makanan RM1 kepada netizen.
@fadhilzainall Replying to @depeonies91 . Semua harga makanan dan minuman breakfast RM1.00
@fadhil.zainall Replying to @depeonies91 ♬ original sound – fadhil.zainall
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang tidak menyangka dan tertanya bagaimana rider/penjaja berkenaan dapat menjual dengan harga sebegitu ketika haarga barang sedang naik mencanak. Oleh sebab itu, mereka menganggap rider berkenaan sememangnya berniat untuk berniaga sambil bersedekah dan rata-rata netizen mendoakan agar dia dimurahkan rezeki dengan lebih lagi.
“Ya Allah harga ni dekat kampung pun tak dapat. Meniaga sambil bersedekah abang ni. Semoga dia dikurniakan kesihatan dan diilimpahkan rezeki,” kata netizen bernama Lilyput.
“Murah betul ya Allah mana lagi nak dapat kuih RM1 tiga kuih ni. Moga murah rezeki abang rider tu. Dah lah datang dekat orang, senang je orang nak beli,” komen netizen lain bernama Nanajae tentang abang rider jual semua makaan RM1 tersebut.
Semoga segala keikhlasan abang rider berkenaan dibalas balik oleh Tuhan yang pemurah kerana memudahkan dan menyenangkan urusan ramai orang. Tuhan memberkati.
Sumber: Fadhli.Zainall
Baca juga: “Menangis Cakap Tak Ada Customer,” Ibu Ini Bergegas Ke Tempat Kerja Anak, Datang Beri Sokongan Emosi