Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi Bahagian Pemakanan akan melaksanakan sebuah projek rintis pelabelan kalori makanan di restoran dan kafeteria pada awal tahun hadapan. Hal ini bagi menilai kebolehsaknaan dasar pelabelan menu di Malaysia.
Menurut portal Bernama, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata sebagai permulaan, ia akan dilaksanakan di restoran di sekitar Putrajaya. Selain kafeteria, KKM dan kementerian lain serta rangkaian restoran makanan segera.
“Sekarang ini kita (KKM) dalam peringkat perancangan untuk mengenal pasti kafeteria dan restoran yang ingin ambil bahagian dalam projek rintis ini. Ia bakal dilaksanakan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun.
“KKM akan sediakan maklumat (kalori) tersebut supaya mereka (pengusaha_ tidak perlu membelanjakan duit untuk konsultan bagi melabelkan menu makanan mereka. Cuma kita minta kerjasama daripada pihak pengurusan restoran. Ia supaya apabila sudah dibuat maklumat kalori, ia dapat diletakkan pada menu kedai makan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminat Anti Obes-City Putrajaya dan pelancaran modul program pengurusan berat badan Trim&Fit bagi pelaksanaan di semua kementerian dan jabatan KKM di sini hari ini.
Ditanya sama ada projek rintis itu akan menjurus kepada dasar pelabelan menu pada masa akan datang, Khairy berkata projek tersebut dibuat bagi melihat perubahan tingkah laku masyarakat.
“Selepas itu, KKM secara berdasarkan bukti akan tengok dari segi data, dari segi kejayaan projek rintis sebelum kita buat keputusan berkenaan dasar pelabelan wajib kerana ada negara yang sudah wajibkan dan kita akan lihat kesannya,” katanya menambah projek pelabelan kalori makanan itu akan diperluas di seluruh negara sekiranyaa berjaya dilaksanakan.
Beliau berkata penentuan kalori di restoran akan dilakukan oleh pakar di Bahagian Pemakanan dengan melihat ramuan untuk menghasilkan sajian itu sebelum analisis dibuat.
Sementara itu, program pengurusan berat badan Trim&Fit merupakan satu intervensi yang dijalankan mengikut persekitaran tempat kerja. Ia bagi memberi peluang kepada penjawat awam berlebihan berat badan dan obestiti menurunkan berrat badan secara sihat dan selamat.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mencatatkan prevalen obestiti dalam kalangan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas adalah 19.7%. Manakala 30.4% peratus mengalami masalah lebihan berat badan.
Ia membawa maksud bahawa satu daripada setiap dua individu dewasa Malaysia (50.1%) berlebihan berat badan dan obes daripada jumlah tersebut. Masalah obesiti dalam kalanagn penjawat awam yang bekerja di agensi dan jabatan kerajaan mencapai 41.4%.
Sumber: Bernama
Baca juga: Caj Harga Macam Zaman 90-an, RM13 Untuk Tiga Orang Makan. Netizen Kagum Harga Murah